Utusan Borneo (Sarawak)

JPS dan MDL perlu tangani masalah banjir

Hujan lebat, air pasang menyebabka­n Taman Damai B, Taman Sri Patiambun dinaiki air sehingga masuki kediaman penduduk

- Oleh Mastura Ismail Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

Saya minta supaya agensi-agensi kerajaan terlibat khususnya JPS dan MDL melihat bagaimana mengatasi masalah banjir di Taman Damai B dan Taman Sri Patiambun.

LIMBANG: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Limbang (MDL) perlu menangani masalah banjir di dua kawasan kerap banjir di Taman Damai B dan Taman Sri Patiambun, di sini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, setiap kali berlaku hujan lebat disusuli pertembung­an air pasang menyebabka­n dua kawasan itu dinaiki air sehingga memasuki kediaman penduduk.

Beliau berkata, masalah itu turut merosakkan harta benda milik penduduk terbabit selain menenggela­mkan jalan utama.

“Saya minta supaya agensiagen­si kerajaan terlibat khususnya JPS dan MDL melihat bagaimana mengatasi masalah banjir di Taman Damai B

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

dan Taman Sri Patiambun.

“Kita dapati keadaan longkang di Taman Damai B tidak diselengga­rakan dan terdapat keperluan membina ‘outlet’ dengan kos RM300,000 dan saya juga minta mereka membersihk­an longkang konkrit sedia ada,” katanya kepada media pada lawatan kerja ke Taman Damai B dan Taman Sri Patiambun di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, penduduk kawasan terjejas banjir juga dinasihatk­an agar sentiasa

berwaspada dan meningkatk­an tahap keselamata­n.

Katanya, banjir bukan sahaja membawa kemusnahan dan kerosakan harta benda tetapi berisiko sebagai penyebar pelbagai penyakit.

“Penduduk terdedah kepada pelbagai risiko termasuk kecederaan dan penyakit berjangkit.

“Masalah banjir juga boleh menyebabka­n nyamuk membiak dalam air bertakung dan risiko penyakit bawaan serangga di kawasan dinaiki air juga meningkat terutama demam denggi,” jelasnya.

 ?? ?? PANTAU: Dr Abdul Rahman (dua kiri) ketika melawat Taman Damai B di Limbang kelmarin.
PANTAU: Dr Abdul Rahman (dua kiri) ketika melawat Taman Damai B di Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia