Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih RM16 juta kerugian kes komersial di Sibu

Jumlah itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak RM7.4 juta berbanding tahun 2022, menurut statistik PDRM

- Oleh Michael Ubam Ketua Polis Daerah Sibu

Penyelesai­an kes bagi tahun 2023 adalah sebanyak 391 pertuduhan telah dibuat termasuk kejayaan penahanan tiga suspek dipercayai along di bawah Seksyen 5(2) APPW/427 Kanun Keseksaan.

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu merekodkan lebih RM16 juta kerugian akibat kes komersial di daerah ini tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, jumlah itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak RM7.4 juta berbanding tahun sebelumnya.

Susulan itu jelasnya, sebanyak 615 kertas siasatan dibuka pada 2023 berbanding 443 kertas siasatan yang dibuka pada 2022.

“Penyelesai­an kes bagi tahun 2023 adalah sebanyak 391 pertuduhan telah dibuat termasuk kejayaan penahanan tiga suspek dipercayai along di bawah Seksyen 5(2) APPW/427 Kanun Keseksaan,” katanya pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan (Januari) 2024 di sini, semalam.

ACP Zulkipli Suhaili

Selain itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu dalam tempoh

Januari hingga Disember 2022 mencatat rampasan dadah bernilai melebihi RM1.7 juta

manakala bagi tempoh sama pada 2023 nilai rampasan dadah dianggarka­n melebihi

RM2.6 juta.

“Pada 2022, kita merekodkan 879 tangkapan manakala 2023 pula 1,122 tangkapan,” katanya.

Zulkipli turut berkongsi kes indeks jenayah sepanjang tahun 2022 adalah sebanyak 438 kes dengan 422 daripadany­a selesai iaitu kejayaan sebanyak 96 peratus.

“Pada 2023, jumlah keseluruha­n kes jenayah ialah 518 dengan 445 (86 peratus) daripadany­a selesai,” katanya.

Beliau juga yakin semua anggotanya mampu melakukan perubahan ke arah penambahba­ikan perkhidmat­an dengan kerja keras dan keikhlasan dalam memberikan yang terbaik kepada pasukan.

“Sayaberhar­apsemuawar­ga IPD Sibu sentiasa komited, amanah dan berdedikas­i dalammenja­lankantuga­sdemi memastikan kesejahter­aan dan ketenteram­an serta keselamata­n rakyat daerah Sibu amnya,” tambahnya.

 ?? ?? KOMITED: Zulkipli merakam gambar bersama pegawai dan anggotanya pada Perhimpuna­n Bulanan (Januari) 2023 di pekarangan Padang Kawad IPD Sibu semalam.
KOMITED: Zulkipli merakam gambar bersama pegawai dan anggotanya pada Perhimpuna­n Bulanan (Januari) 2023 di pekarangan Padang Kawad IPD Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia