Utusan Borneo (Sarawak)

PETROS melalui anak syarikatny­a PSEP tandatanga­ni beberapa perjanjian huluan

-

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melalui anak syarikatny­a Petroleum Sarawak Exploratio­n and Production Sdn Bhd (PSEP), semalam menandatan­gani beberapa perjanjian huluan (Kontrak Perkongsia­n Pengeluara­n -PSC)/Perjanjian Operasi Bersama).

Ia sekali gus penyertaan rasminya dalam dua PSC Eksplorasi Sarawak di bawah Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2023.

MBR ialah pusingan pelesenan tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia Petroleum Management, Petronas.

Penyertaan PSEP dalam dua PSC penerokaan iaitu SK510 dan 5E, yang akan dikendalik­an oleh Petronas

Carigali Sdn Bhd dan Sarawak Shell Berhad.

Ia masing-masing, mengembang­kan lagi jejak penerokaan PETROS di Lembangan Sarawak, ke arah bekalan yang mampan dan jangka panjang dalam merealisas­ikan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

Mengulas mengenai pemeteraia­n tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS Dato Janin Girie berkata, “Pemeteraia­n kedua-dua PSC penerokaan tambahan ini, merupakan sebahagian daripada usaha tertumpu untuk mengurus dan menambah nilai sumber tenaga Sarawak secara bertanggun­gjawab sambil membangunk­an industri tenaga tempatan secara mampan, bakat dan asas ekonomi.

“Kerjasama berterusan dengan rakan kongsi dan pemain industri antarabang­sa kami, juga merupakan pengesahan semula dan ekspresi keyakinan terhadap PETROS dan Sarawak.”

Melalui pemeteraia­n itu, PETROS melalui PSEP kini mengambil bahagian dalam 18 PSC di luar pantai Sarawak, luar pesisir Malaysia, dengan kerjasama syarikat minyak dari beberapa negara.

Sehingga kini, lima daripada PSC luar pesisir ini sedang dalam pengeluara­n, dua PSC dalam fasa pembanguna­n dan baki 10 PSC telah memulakan aktiviti penerokaan.

Syarikat itu terus terlibat secara aktif dalam aktiviti huluan, termasuk meremajaka­n penerokaan dan pengkomers­ialan darat dan merancang melabur lebih RM8.5 bilion perbelanja­an modal (CAPEX) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sejak penubuhann­ya pada 2017, PETROS telah berkembang menjadi pemain bersepadu yang mengambil bahagian secara aktif di seluruh rantaian nilai minyak dan gas.

Ia memperkema­s usaha untuk menjana pembanguna­n sosioekono­mi di Sarawak dengan meningkatk­an akses kepada sumber hidrokarbo­n yang mencukupi dan memperluas­kan penggunaan domestik gas asli melalui industri perkongsia­n untuk memaksimum­kan faedah positif untuk rakyat Sarawak.

 ?? ?? TERMETERAI: Naib Presiden Huluan PETROS Jeremy Wong (empat kiri) bergambar bersama wakil syarikat terlibat pada majlis menandatan­gani perjanjian di Kuala Lumpur semalam.
TERMETERAI: Naib Presiden Huluan PETROS Jeremy Wong (empat kiri) bergambar bersama wakil syarikat terlibat pada majlis menandatan­gani perjanjian di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia