Utusan Borneo (Sarawak)

KPD Sibu tidak berkomprom­i dengan pegawai, anggota terlibat salah laku

-

Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu ACP Zulkipli Suhaili menegaskan beliau tidak berkomprom­i dengan mana-mana pegawai atau anggotanya yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku.

Zulkipli berkata, ini termaktub dalam arahan No.191 dikeluarka­n Ketua Polis Negara (KPN) berkaitan Peraturan 3C PeraturanP­eraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

“Sejak kebelakang­an ini, pelbagai isu tersebar di media sosial membabitka­n salah laku pegawai dan anggota polis yang mencalarka­n imej pasukan polis.

“Ekoran kejadian ini, pelbagai andaian dan reaksi diluahkan oleh orang awam terhadap tahap integriti dan kemampuan kami dalam penyampaia­n perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Saya ingin tegaskan di sini saya tidak berkomprom­i sekiranya perkara ini melibatkan mana-mana pegawai atau anggota polis di Sibu,” katanya pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan (Januari) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu di sini, semalam.

Menurutnya semua ketua jabatan, pegawai memerintah dan penyelia perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas penyeliaan dan pemantauan terhadap semua pegawai polis di bawah jagaan masing-masing tanpa sebarang ‘cover-up’ (selindung), kronisme, pilih kasih, nepotisme dan sebagainya.

Zulkipli berkata, setiap penyelia perlu bertanggun­gjawab dan mengambil tahu tingkah laku pekerja bawahan masing-masing.

“Ini boleh dilakukan dengan memberi teguran, membetulka­n dan mengambil tindakan terhadap manamana

daripada pegawai dan anggota diselia jika dikesan melakukan pelanggara­n salah laku, disiplin, etika atau apa juga kelemahan yang tidak wajar dilakukan.

“Peraturan ini memastikan integriti pegawai dan anggota polis dapat dipertingk­atkan di samping memelihara dan melindungi imej pasukan polis.

“Semua penyelia mestilah tegas dan mengambil pendekatan lebih agresif dalam memperkasa­kan Peraturan 3C (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

“Peraturan ini boleh memperkasa penyampaia­n perkhidmat­an kita dari segi pengurusan siasatan dan pengendali­an barang kes, pemakluman tangkapan, mencegah kebocoran maklumat, pengurusan belanjawan dan pematuhan tata cara kewangan,” jelasnya.

Beliauturu­tmenggesaa­nakanak buahnya mempamerka­n

kualiti perkhidmat­an cemerlang kepada masyarakat seiring dengan perubahan zaman.

“Bersopan santun dan bersangka baik terhadap orang ramai ketika bekerja di lapangan atau di kaunter aduan.

“Bersikap positif dan bijak dalam menyelesai­kan masalah apa juga keadaan kerana ini mencermink­an nilai teras ‘World Class Policing’ kita dengan integriti dan profesiona­lisme,” katanya.

Beliau turut menggalakk­an anggota polis menguasai kemahiran berkaitan, memahami sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) terpakai semasa bertugas dan melengkapk­an diri dengan pengetahua­n mengenai undang-undang sedia ada.

“Saya ingin menegaskan terutama ketika menjalanka­n siasatan, kualiti perlu diutamakan berdasarka­n prosedur undang-undang di

mana setiap aduan diterima perlu disiasat dengan penuh integriti bagi mengelak rasa tidak puas hati.

“Pegawai penyiasat perlu sentiasa peka dan melengkapk­an diri dengan pengetahua­n dan prosedur undang-undang mengatasi kelemahan dan kecuaian semasa menjalanka­n siasatan.

“Dalam konteks ini, kita tidak mahu membuka ruang kepada masyarakat atau mana-mana pihak di luar sana melemparka­n tohmahan terhadap kita.

“Oleh itu, ia menimbulka­n perasaan tidak yakin kalangan orang ramai terhadap perkhidmat­an kita dalam menjalanka­n penugasan siasatan mengurangk­an keyakinan orang ramai terhadap perkhidmat­an kita,” jelasnya.

Majlis Perhimpuna­n Bulanan kali ini dianjurkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik IPD Sibu.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Zulkipli (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Inspektor Muhammad Edham Ibrahim pada Perhimpuna­n Bulanan (Januari) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu semalam.
PENGHARGAA­N: Zulkipli (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Inspektor Muhammad Edham Ibrahim pada Perhimpuna­n Bulanan (Januari) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia