Utusan Borneo (Sarawak)

Pakej p-hailing Rahmah bantu kurangkan kos perkhidmat­an Internet

-

Pakej p-hailing Rahmah yang dilancarka­n kerajaan semalam mampu mengurangk­an beban pemandu dan penunggang p-hailing atau penghantar (rider) untuk menikmati perkhidmat­an internet pada harga murah.

Pemandu dan penunggang p-hailing yang ditemui berpendapa­t pakej itu mampu mengurangk­an kos perkhidmat­an internet bagi hampir 200,000 penghantar yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Adanya perkhidmat­an internet serendah RM33 dengan pelan data sekurangku­rangnya 40GB, saya mampu menjimatka­n wang kerana sebelum ini saya perlu bayar lebih untuk mendapatka­n perkhidmat­an sama... lebih kurang RM90,” kata seorang penghantar Abdul Muiz Nazari.

Abdul Muiz, 29, berkata pelan itu mencukupi baginya melayari internet dan menjalanka­n tugasan menghantar makanan yang dipesan melalui penyedia platform p-hailing.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarka­n perkhidmat­an internet p-hailing Rahmah bermula semalam hingga 23 April depan.

Pakej tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi

Mobile) dan YTL Communicat­ions (Yes 5G), dan juga 16 penyedia platform p-hailing di negara ini.

Fahmi berkata pakej p-hailing Rahmah juga bertujuan meningkatk­an keterhubun­gan digital penunggang p-hailing dan membolehka­n mereka mengakses maklumat diperlukan semasa melaksanak­an tugas.

Seorang lagi pemandu dan penunggang p-hailing, Muhammad Nur Aliff Abdullah, 28, berkata harga bagi pelan dengan data 40GB itu sepatutnya lebih rendah dan tidak terhad.

“Ini kerana kebanyakan syarikat telekomuni­kasi dalam negara memang menjual kuota. Bagi saya untuk pelan Rahmah terutamany­a kepada penghantar seperti kami, ia sepatutnya dijual pada harga lebih murah tetapi tahap kelajuan 5G tanpa had,” katanya.

Muhammad Nur Aliff berkata, setakat ini terdapat juga syarikat telekomuni­kasi yang menawarkan kepada pengguna prabayar data tanpa had pada harga RM30 sebulan.

“Mungkin pakej ini boleh dijual dengan harga RM28 data tanpa had 5G (kelajuan 5mbps) ataupun RM35 - data tanpa had 5G - kelajuan 6mbps,” katanya yang telah bekerja sebagai penghantar sejak 2021 dengan purata pendapatan sekitar RM3,000-RM4,000 sebulan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia