Utusan Borneo (Sarawak)

Agong kurnia gelaran ‘Tan Sri’ kepada Panglima Tentera Darat

Beliau mendahului senarai 321 penerima pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ kepada Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddea­in Jantan.

Muhammad Hafizuddea­in mendahului senarai 321 penerima pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara, di sini semalam.

Turut menerima darjah sama yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ ialah ahli perniagaan Ong Hooi Lim.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h turut berangkat ke istiadat itu.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Dekan Institut Antarabang­sa Pemikiran Islam dan Ketamaduna­n (ISTAC) Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) Prof Dr Abdelaziz Berghout.

Seri Paduka turut berkenan menganuger­ahkan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohamad Ariffin, Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia

(TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli.

Tujuh individu pula menerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN) daripada Seri Paduka, antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Patimah Ramuji dan Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Roslan Ariffin.

Al-Sultan Abdullah turut menganuger­ahkan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada tujuh individu, antaranya Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasata­n dan Pendakwaan, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur SAC Datuk Suryani Sungit.

Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniak­an Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 117 individu, Darjah Kesatria Setia Diraja (satu), Darjah Ahli Mangku Negara (85) dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) seramai 98.

Hadir sama pada istiadat itu Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran‘Tan Sri’kepada Muhammad Hafizuddea­in pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran‘Tan Sri’kepada Muhammad Hafizuddea­in pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia