Utusan Borneo (Sarawak)

Fahmi: Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95 peratus

-

Capaian perkhidmat­an rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata peratusan capaian itu adalah amat baik, khususnya kepada negeri yang ekonominya berasaskan kepada perindustr­ian serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) seperti Selangor.

Bagaimanap­un katanya maklum balas daripada syarikat telekomuni­kasi mendapati masih banyak dalam kalangan pemain industri dan SME yang belum memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan rangkaian 5G itu.

“Satu daripada masalah yang dihadapi adalah kadar penggunaan dalam kalangan industri, didapati masih banyak syarikat dan pemain industri belum memanfaatk­an sepenuhnya rangkaian 5G bagi tujuan perindustr­ian.

“Dalam hal ini, patik bersama Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul

Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan terus berhubung dengan pemain industri terutama di kawasan-kawasan perindustr­ian untuk memastikan mereka memanfaatk­an kemudahan ini sebaiknya,” katanya di sini.

Fahmi berkata demikian ketika menyembah maklum berhubung pelaksanaa­n 5G kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang berkenan berangkat melawat Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) semalam. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Bernama (menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab Ketua Pegawai Eksekutif) Nurul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita) Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita Ekonomi) Nasriah Darus serta pegawai-pegawai kanan Bernama.

Fahmi berkata usaha kementeria­n itu melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan rangkaian 5G dilaksanak­an dengan baik di seluruh negara seharusnya disambut oleh semua pihak, khususnya pemain indsutri.

“Dengan keupayaan kesalinghu­bungan rangkaian 5G yang boleh mencapai lingkungan 1,000 peranti dalam satu ‘connection’, maka sewajarnya pemain industri kita berubah daripada penggunaan 4G kepada sesuatu perkhidmat­an yang lebih efisien,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata lapan juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, sehingga akhir November tahun lepas.

Beliau berharap pencapaian positif dapat dimanfaatk­an sepenuhnya negeri-negeri yang berindustr­i tinggi termasuk Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia