Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan, Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Bernama

-

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat melawat Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Kuala Lumpur, semalam.

Ini adalah kunjungan kedua Sultan Sharafuddi­n, selepas kali pertama baginda yang ketika itu Pemangku Raja Selangor melawat Wisma Bernama pada 10 Julai 1986.

Keberangka­tan tiba baginda berdua pada 11 pagi disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.

Hadir sama Ketua Pengarang Bernama (menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab Ketua Pegawai Eksekutif) Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita) Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita Ekonomi) Nasriah Darus serta pegawaipeg­awai kanan Bernama.

Sebaik tiba, Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyaksika­n pameran foto di ruang lobi yang memaparkan gambargamb­ar menarik hasil bidikan lensa petugas Bernama.

Pasangan diraja itu kemudianny­a dibawa melawat Jabatan Pengarang, dan sempat menyaksika­n koleksi peralatan media termasuk kamera, dron serta baju kalis peluru digunakan petugas Bernama yang dipamerkan, sebelum diberi taklimat berhubung operasi Bernama.

Bernama yang berperanan sebagai sumber berita nasional mula beroperasi pada 20 Mei 1968, dan ia merupakan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi.

Selaras dengan perkembang­an industri media, Bernama bukan sahaja hanya menyalurka­n berita kepada pelanggan melalui perkhidmat­an ‘wires’ tetapi turut mempunyai saluran televisyen dan radionya sendiri yang dikenali sebagai Bernama TV dan Bernama Radio.

Bernama juga mempunyai kira-kira 5 juta pengikut di pelbagai platform sosial media antaranya Facebook, TikTok, X, Instagram dan YouTube.

Sultan Sharafuddi­n yang sememangny­a meminati seni fotografi turut meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanyaka­n mengenai koleksi kamera dan dron yang digunakan jurufoto Bernama ketika membuat liputan berita.

Ia termasuk kamera jenis Nikon D5 dengan lensa bersaiz 800mm seberat tujuh kilogram yang banyak digunakan untuk liputan berita sukan selain digunakan semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai 2019.

Selain itu, baginda berdua turut berkenan mendengar taklimat berhubung Financial Informatio­n System dibangunka­n oleh Bernama, yang memaparkan data masa nyata (real time) daripada Bursa Malaysia mengenai prestasi sebenar pasaran saham Malaysia.

Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin seterusnya berkenan menerima sembah taklimat daripada Fahmi mengenai perkembang­an rangkaian 5G dalam negara.

Terdahulu, Wong turut menyampaik­an sembah taklimat kepada pasangan diraja itu mengenai peranan Bernama sebagai wadah informasi untuk rakyat serta sejarah agensi berita itu yang berpaksika­n kepada sumber berita yang tepat dan dipercayai.

Usai lawatan di Jabatan Pengarang, Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat studio berita Bernama TV dan menyaksika­n klip rakaman realiti terimbuh (AR atau Augmented Reality) dan realiti maya (VR atau Virtual Reality). — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar bersama petugas Bernama selepas melawat studio Bernama TV di ibu pejabat Bernama di Wisma Bernama, semalam. Baginda berdua diiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tiga, kanan), Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) dan Ketua Pengarang Nur-ul Afida Kamaludin (kiri).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar bersama petugas Bernama selepas melawat studio Bernama TV di ibu pejabat Bernama di Wisma Bernama, semalam. Baginda berdua diiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tiga, kanan), Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) dan Ketua Pengarang Nur-ul Afida Kamaludin (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN FOTO: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n berkenan menyaksika­n pameran foto di ruang lobi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ketika berangkat melawat ibu pejabat agensi berita negara di Wisma Bernama semalam. Mengiringi baginda Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai (kiri).
— Gambar Bernama PAMERAN FOTO: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n berkenan menyaksika­n pameran foto di ruang lobi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ketika berangkat melawat ibu pejabat agensi berita negara di Wisma Bernama semalam. Mengiringi baginda Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Sultan Sharafuddi­n berkenan mendengar penerangan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita) Arul Rajoo Durar Raj ketika melawat ruang kerja Jabatan Pengarang Bernama di Wisma Bernama, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Sultan Sharafuddi­n berkenan mendengar penerangan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita) Arul Rajoo Durar Raj ketika melawat ruang kerja Jabatan Pengarang Bernama di Wisma Bernama, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mendengar taklimat mengenai buku-buku terbitan Bernama ketika mencemar duli melawat Bernama, semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mendengar taklimat mengenai buku-buku terbitan Bernama ketika mencemar duli melawat Bernama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia