Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu, penunggang p-hailing boleh nikmati Internet serendah RM33 mulai semalam: Fahmi

- KUALA LUMPUR:

Pemandu dan penunggang phailing kini boleh menikmati perkhidmat­an Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula semalam hingga 23 April depan.

Mengumumka­n perkara itu ketika melancarka­n pakej p-hailing Rahmah di Angkasapur­i di sini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pakej berkenaan adalah hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communicat­ions (Yes 5G).

Beliau berkata, kerjasama itu turut melibatkan 16 penyedia platform p-hailing di negara ini, antaranya FoodPanda, Grab, Bungkusit, Shopee dan Lalamove bagi menghargai jasa golongan pemandu dan penunggang p-hailing.

“Kerjasama seperti ini kita jalinkan untuk menyediaka­n pakej berpatutan bagi kategori yang disasar iaitu melibatkan kira-kira 200,000 rider kita,” katanya.

Fahmi berkata usaha yang dilaksanak­an itu adalah antara langkah penting kerajaan bagi membantu golongan berkenaan.

Ditanya sama ada pakej itu akan dilanjutka­n beliau berkata perkara itu kemungkina­n diteliti nanti.

“Kita akan buka selama beberapa bulan untuk lihat prestasi langganan dan selepas mungkin beberapa minggu kita akan dapat maklumat terkini...mungkin selepas Tahun Baharu Cina dan sekiranya perlu, kita akan cadangkan supaya dilanjutka­n,” katanya.

Pakej khas telekomuni­kasi dengan diskaun istimewa bagi pekerja p-hailing itu adalah hasil perbincang­an bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomuni­kasi di negara ini.

Kelmarin, Fahmi dilapor berkata Kerajaan MADANI mendengar keluhan kumpulan pekerja itu dan berharap usaha yang dilakukan kerajaan dapat meringanka­n kesulitan serta membantu mereka dalam menjalanka­n tugas setiap hari.

Pakej p-hailing Rahmah juga bertujuan meningkatk­an keterhubun­gan digital penunggang p-hailing dan membolehka­n mereka mengakses maklumat yang diperlukan semasa melaksanak­an tugas.

Fahmi berkata, pelancaran program ini merupakan manifestas­i kegigihan kerajaan dalam memanjangk­an rahmat dan penghargaa­n kepada mereka yang bertugas dalam industri p-hailing.

Katanya ia juga membuktika­n komitmen kerajaan dalam menyokong ekonomi digital dan memastikan perkhidmat­an penting seperti p-hailing sampai ke serata pelosok negara.

“Kita semua sedia maklum cabaran yang dihadapi oleh penunggang dan pemandu p-hailing yang sering kali terpaksa mengharung­i keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas terik dan hujan lebat dalam memberikan perkhidmat­an kepada kita semua selaku pengguna.

“Justeru, memahami penat lelah dan rintangan yang dihadapi oleh mereka, adalah penting bagi kerajaan dan pemain industri melakukan apa yang kita mampu untuk meringanka­n beban yang mereka hadapi dalam melaksanak­an tugasan seharian,” katanya.

Menurut Kementeria­n Ekonomi, ekonomi gig menyumbang kira-kira tujuh peratus kepada keluaran dalam negara kasar keseluruha­n negara pada 2021 dan jumlah ini dijangka kekal tinggi pada tahun-tahun akan datang.

Mengulas mengenai pakej 5G Rahmah, Fahmi berkata setakat November 2023, sekitar 50 peratus kumpulan B40 telah mendaftar dengan pakej itu yang diluncurka­n beliau pada bulan Ogos.

“Saya akan berbincang dengan pihak MCMC, jika ada keperluan untuk kita lanjutkan pakej 5G Rahmah itu maka kita akan umumkan kemudian.

“Saya difahamkan setakat 31 Disember 2023 jumlah pelanggan 5G di seluruh negara telah mencecah lapan juta akaun dan ini adalah satu peningkata­n yang positif, belum lagi mengambil kira penambahan pelanggan setelah kita umumkan tidak ada kos tambahan bagi melanggan pakej 5G,” katanya.

Setakat ini daripada 45 juta pelanggan telco, kira-kira lapan juta melanggan 5G. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Fahmi melakukan pelepasan penunggang p-hailing sempena Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah di pekarangan Auditorium Seri Angkasa, Angkasapur­i semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Fahmi melakukan pelepasan penunggang p-hailing sempena Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah di pekarangan Auditorium Seri Angkasa, Angkasapur­i semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia