Utusan Borneo (Sarawak)

Berganding bahu banteras penyeludup­an: PM Anwar

Arahan kepada semua pasukan keselamata­n negara susulan kehadiran kelompok yang rakus, penyeludup canggih

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahka­n semua pasukan keselamata­n negara berganding bahu membantera­s aktiviti penyeludup­an yang mengakibat­kan Malaysia mengalami kerugian puluhan bilion ringgit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) serta lain-lain agensi keselamata­n, perlu bekerjasam­a membantera­s penyeludup­an yang disifatkan­nya kini semakin rumit.

“Kerjasama dengan badan penguat kuasa lain sangat penting seperti Kastam, PDRM, APMM dan agensi (tunggal) sempadan.

“Semua kerjasama itu penting kerana kita berhadapan kelompok yang rakus, penyeludup yang canggih dan kehilangan dana akibat penyeludup­an.. minyak, dadah, rokok dan arak, itu cecah puluhan bilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Anwar berkata JKDM dan PDRM juga telah membuktika­n kecekapan masingmasi­ng dalam membantera­s penyeludup­an dadah dengan kejayaan rampasan dan tangkapan melibatkan sindiket.

“Kita menyaksika­n catatan membanggak­an termasuk pihak JKDM, dalam usaha untuk membantera­s penyeludup­an dadah yang cecah nilai besar.…

“PDRM juga bertindak tangkap dan dakwa kelompok bermaharaj­alela sekian lama iaitu penyeludup dadah terkenal di Sabah,” katanya.

JKDM sebelum ini dilaporkan berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup 6.13 kilogram dadah bernilai RM1.22 juta yang disembunyi­kan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 9 Jan lepas.

Atas sumbangan bakti pasukan keselamata­n kepada negara, Anwar berkata kerajaan akan memberi keutamaan melaksanak­an projek perumahan kepada semua agensi keselamata­n berkenaan tahun ini, melalui tender khas.

“PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, APMM dan JKDM kita beri keutamaan perumahan pada 2024, saya minta disegeraka­n dan tidak ikut proses tender biasa.

“Ia (proses) terpaksa ikut tender (khas) kerana bila tidak ikut tender, bila ada rundingan, ini biasanya 10 atau 20 peratus itu bocor ke (tempat) lain,” katanya dan menambah kebajikan pasukan keselamata­n sentiasa menjadi keutamaan

Kerjasama dengan badan penguat kuasa lain sangat penting seperti Kastam, PDRM, APMM dan agensi (tunggal) sempadan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

kerajaan.

Sementara itu, Anwar mengingatk­an pasukan keselamata­n negara supaya melaksanak­an tugas dengan ikhlas serta sentiasa menekankan tatakelola yang baik.

“Tonggak asas mendasari semua ini adalah khidmat kita, keiklhasan kita dan cara kita urus (tugas) dengan tatakelola baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Anwar menyampaik­an Anugerah Tokoh Kastam kepada Subromania­m (kanan) pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Amir Hamzah (dua kanan) dan Anis Rizana (kiri).
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Anwar menyampaik­an Anugerah Tokoh Kastam kepada Subromania­m (kanan) pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Amir Hamzah (dua kanan) dan Anis Rizana (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia