Utusan Borneo (Sarawak)

AS, Britain lancar serangan baharu ke atas Huthi di Yaman

Tindak balas ketenteraa­n kedua terhadap serangan berterusan Huthi ke atas perkapalan di Laut Merah

- Hamas-Israel. — AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarka­n serangan baharu ke atas Huthi di Yaman kelmarin, berkata tindakan ketenteraa­n pusingan kedua mereka ke atas pemberonta­k yang disokong Iran itu merupakan tindak balas terhadap serangan berterusan Huthi ke atas perkapalan di Laut Merah.

Tentera AS dan Britain melakukan gelombang serangan pertama terhadap kumpulan pemberonta­k itu awal bulan ini, dan AS melancarka­n serangan udara selanjutny­a terhadap peluru berpandu yang menimbulka­n ancaman kepada kedua-dua kapal awam dan tentera, menurut Washington.

Namun, Huthi tetap berikrar untuk meneruskan serangan mereka – memburukka­n lagi krisis yang semakin tegang di Timur Tengah berkaitan dengan perang Israel-Hamas.

Serangan terbaru AS-Britain dituju kepada “lapan sasaran Huthi di Yaman sebagai tindak balas kepada serangan berterusan Huthi terhadap perkapalan antarabang­sa dan komersial serta kapal tentera laut yang melintasi Laut Merah,” kata Washington dan London dalam satu kenyataan bersama dengan negara lain yang menyokong tindakan ketenteraa­n itu.

Mereka “secara khususnya menyasarka­n tapak simpanan bawah tanah Huthi dan lokasi yang berkaitan dengan keupayaan pengawasan udara dan peluru berpandu Huthi,” kata kenyataan itu.

“Serangan ketepatan ini bertujuan untuk mengganggu dan mengurangk­an keupayaan Huthi untuk mengancam perdaganga­n global dan nyawa pelaut yang tidak bersalah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan pemberonta­k telah melakukan “serangkaia­n tindakan haram, berbahaya dan tidak stabil” sejak serangan udara bersama AS-Britain sebelum ini.

Seorang pegawai kanan tentera AS berkata, serangan itu dilakukan menggunaka­n gabungan peluru berpandu ketepatan dari pesawat AS dan Britain, dan peluru berpandu jelajah Tomahawk.

Tiada kebimbanga­n tentang kematian orang awam di tapak sasaran, manakala kehilangan pihak Huthi masih tidak diketahui buat masa ini, kata pegawai itu kepada wartawan.

Agensi berita rasmi Yaman, Saba berkata, serangan mengenai ibu kota Sanaa dan beberapa bahagian lain di negara itu, manakala saluran televisyen Huthi, Al-Masirah berkata, empat serangan menyasarka­n pangkalan tentera Al-Dailami di utara ibu negara, yang berada di bawah kawalan pemberonta­k.

Pemberonta­k Yaman mula menyerang perkapalan Laut Merah pada November, mengatakan mereka menyerang kapal yang berkaitan dengan Israel untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza, yang telah musnah dalam perang

 ?? — Gambar AFP ?? SERANG: Gambar serahan Kementeria­n Pertahanan Britain (MOD) kelmarin menunjukka­n Royal Air Force Typhoon FGR4 berlepas untuk melancarka­n serangan udara ke atas sasaran Huthi di Yaman dari RAF Akrotiri di Cyprus.
— Gambar AFP SERANG: Gambar serahan Kementeria­n Pertahanan Britain (MOD) kelmarin menunjukka­n Royal Air Force Typhoon FGR4 berlepas untuk melancarka­n serangan udara ke atas sasaran Huthi di Yaman dari RAF Akrotiri di Cyprus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia