Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi 7.0 gegar sempadan China-Kyrgyzstan

-

Gempa bumi kuat pada skala 7.0 Richter menggegark­an sepanjang sempadan pergununga­n China-Kyrgyzstan semalam, mencetuska­n amaran kerosakan meluas walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Pihak berkuasa tempatan menghantar pasukan ke pusat gempa, kata agensi berita Xinhua, manakala kira-kira 800 orang kini sudah bersiap sedia untuk sebarang misi bantuan bencana besar.

Gempa itu didaftarka­n sejurus selepas jam 2 pagi pada kedalaman 13 kilometer di wilayah Xinjiang China, 140 kilometer barat dari bandar Aksu.

Dua rumah kediaman dan bangsal ternakan runtuh di kawasan berhampira­n pusat gempa, di luar bandar Daerah Wushi, manakala bekalan elektrik terputus buat sementara waktu.

Saluran televisyen tempatan di ibu negara India, New Delhi turut melaporkan gegaran kuat di bandar itu, kira-kira 1,400 kilometer jauhnya.

Seorang penduduk Aksu memberitah­u Xinhua bahawa orang ramai bergegas keluar rumah susulan gegaran itu, walaupun suhu awal pagi yang sejuk sekitar -10 darjah Celsius.

Cao Yanglong, berada di bandar itu untuk lawatan perniagaan, memberitah­u agensi berita tempatan bahawa semasa dia berada di tingkat 21 sebuah hotel, dia berasa seperti “digoncang dari katil”.

Orang ramai juga meninggalk­an rumah mereka untuk mencari perlindung­an di jalanan di ibu kota Kyrgyzstan, Bishkek, selepas gempa itu menyebabka­n dinding bergegar dan perabot beralih.

Bohobek Azhikeev, ketua Kementeria­n Situasi Kecemasan Kyrgyz, berkata dalam mesej video bahawa “tiada kemalangan jiwa atau kerosakan telah didaftarka­n di bandar Bishkek.”

Lima kampung terletak dalam jarak 20 kilometer dari pusat gempa, merasai gempa bumi kecil di kawasan itu, pada skala 5.5 Richter.

“Boleh berlaku kerosakan besar,” kata laporan Kajian

Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengenai gempa bumi itu.

Pihak berkuasa di Kazakhstan juga melaporkan gegaran, walaupun tiada sebarang kematian atau kemusnahan besar disahkan setakat ini.

Di Almaty, bandar terbesar di Kazakhstan, rakyat keluar berikutan gempa itu, menurut imej yang disiarkan di media sosial dan oleh saluran berita tempatan.

Gempa bumi semalam berlaku sehari selepas tanah runtuh menimbus berpuluhpu­luh orang dan membunuh sekurang-kurangnya lapan orang di barat daya China.

Pada Disember, gempa bumi di barat laut negara itu mengorbank­an 148 orang dan menyebabka­n ribuan lagi kehilangan tempat tinggal di wilayah Gansu.

Gempa itu adalah yang paling dahsyat di China sejak 2014, apabila lebih 600 orang terbunuh di wilayah Yunnan barat daya.

Dalam gempa bumi Disember, suhu di bawah sifar menjadikan operasi bantuan lebih mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia