Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis kecam China cuba ‘padam’ identiti budaya, agama Tibet

- — AFP

Para aktivis menuduh China sedang berusaha untuk “memadamkan” identiti budaya dan agama Tibet, menggesa rekod hak asasi Beijing dikaji semula di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin untuk memberi tumpuan kepada “genosid budaya” di wilayah itu.

Pakar dan aktivis PBB menganggar­kan lebih sejuta kanak-kanak Tibet berumur antara tiga hingga 18 tahun telah dipisahkan daripada keluarga mereka dan ditempatka­n dalam sekolah berasrama penuh.

“Itu mewakili hampir 80 peratus kanak-kanak sekolah Tibet,” kata Lhadon Tethong, ketua Institut Tindakan Tibet.

Beijing telah mempertaha­nkan sistem sekolah berasrama penuh itu menghormat­i hak budaya, dan menegaskan bahawa ia diperlukan terutamany­a di kawasan terpencil, berketingg­ian tinggi dan berpendudu­k sedikit, di mana pelajar perlu menempuh jarak yang jauh untuk ke sekolah.

Namun tahun lalu, sekumpulan pakar bebas PBB memberi amaran bahawa sistem itu “nampaknya bertindak sebagai program wajib berskala besar yang bertujuan untuk mengasimil­asikan orang Tibet ke dalam budaya majoriti orang Han”.

Di sekolah, kanak-kanak menghadapi “indoktrina­si yang sangat intensif,” kata Tethong sambil menambah bahawa pelajar sering hampir tidak dapat berkomunik­asi dalam bahasa Tibet dan menyuaraka­n kritikan terhadap tradisi Tibet.

“Ia kes genosid budaya, kes yang jelas,” katanya.

Tethong dan penyokong hak Tibet yang lain mengambil bahagian dalam acara di PBB di Geneva kelmarin sebelum melakukan semakan rekod hak China semalam.

Peguam bela Tibet kelmarin merayu agar dunia tidak melupakan situasi di Tibet, di mana mereka menuduh Beijing melakukan tindakan keras yang semakin melampau dan berusaha untuk memadam identiti budaya dan agama.

“Kami telah melihat hak asasi di China semakin teruk, terutamany­a di Tibet,” kata Thinlay Chukki, wakil pemimpin rohani Dalai Lama di Tibet, memberitah­u perhimpuna­n itu kelmarin.

Selama berabad-abad, Tibet telah bersilih ganti antara kemerdekaa­n dan dalam kawalan China, yang mengatakan ia “membebaska­n secara aman” dataran tinggi itu pada 1951 dan membina infrastruk­tur dan pendidikan ke wilayah yang tidak membangun itu.

Tetapi ramai orang Tibet menuduh Parti Komunis China yang memerintah telah melakukan penindasan dan menghakis budaya mereka.

Dan rangkaian sekolah berasrama penuh itu merupakan alat utama mereka untuk memadamkan budaya Tibet, kata Tethong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia