Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico dakwa senjata tentera AS diseludup merentasi sempadan

-

Mexico kelmarin berkata senjata tentera Amerika Syarikat (AS) telah dikesan memasuki negara Amerika Latin itu, mempersala­hkan penyeludup­an senjata api dari negara jirannya di utara telah menyemarak­kan keganasan berkaitan kartel dadah.

Kementeria­n pertahanan Mexico telah memaklumka­n Washington mengenai aliran masuk senjata yang sepatutnya eksklusif untuk kegunaan tentera AS, kata Menteri Luar Alicia Barcena pada sidang akhbar.

“Kami mendesak siasatan dijalankan,” tambahnya, tanpa memberikan butiran lanjut.

Penyeludup­an senjata merupakan salah satu isu yang dibincangk­an oleh kedua-dua negara semasa lawatan Barcena dan pegawai kanan Mexico yang lain di Washington pada Jumaat lepas.

Mexico telah lama menuding jari kepada AS dan kelonggara­n undang-undang senjata apinya ke atas bekalan senjata kepada kartel negaranya, yang sering dibiayai dengan menjual dadah kepada pengguna di AS.

Kerajaan Mexico telah memfailkan dua saman di mahkamah AS terhadap industri senjata api mereka.

Duta AS ke Mexico, Ken Salazar, kelmarin memberitah­u wartawan bahawa keutamaan Presiden Joe Biden kini adalah untuk mengurangk­an aliran senjata dari AS ke Mexico.

“Kami tahu bahawa 70 peratus daripada senjata yang menyebabka­n keganasan di sini di Mexico datang dari Amerika Syarikat,” katanya.

Setiap tahun, lebih setengah juta senjata diperdagan­gkan ke Mexico dari AS, menurut pihak berkuasa di negara Amerika Latin itu.

Mexico mengawal ketat penjualan senjata, menjadikan­nya hampir mustahil untuk diperolehi secara sah, tetapi keganasan berkaitan dadah yang melibatkan senjata api masih berleluasa.

Lebih 420,000 pembunuhan dicatatkan sejak 2006 apabila kerajaan Mexico mengerahka­n tentera untuk memerangi pengedaran dadah, kebanyakan­nya didalangi kumpulan penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia