Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis Gaza gesa pengundi AS tulis ‘gencatan senjata’ pada kertas undi

-

Para aktivis keamanan menggesa pengundi Amerika Syarikat (AS) dalam pilihan raya presiden November untuk menulis “gencatan senjata” pada kertas undi mereka sebagai protes terhadap penglibata­n Joe Biden dalam perang IsraelHama­s.

“Undi Gencatan Senjata” – gabungan kumpulan antiperang tempatan berkata usaha itu membolehka­n rakyat AS untuk menyuaraka­n kemarahan mereka terhadap presiden Demokrat berhubung angka kematian orang awam yang semakin meningkat di Gaza ketika Israel bertindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober.

Pengundi di New Hampshire akan memilih calon pilihan mereka sama ada calon Demokrat atau Republikan pada Selasa tetapi desakan itu bertujuan untuk memberi peringatan kepada Rumah Putih.

“Sejak tiga bulan lalu, ketika dunia menyaksika­n perang di Gaza terus bertambah buruk, pentadbira­n Biden telah menolak semua tuntutan untuk menggesa gencatan senjata dan menamatkan sokongan AS untuk Israel,” tulis kempen itu di media sosial X.

“Jadi kami akan meneruskan perjuangan kami ke tempat yang paling diminati Demokrat – pengundian. Walaupun Joe Biden hampir pasti akan memenangi pencalonan Demokrat pada akhir tahun ini, dia mesti tahu bahawa jalan untuk ke sana akan menjadi panjang dan sukar jika dia enggan mendengar suara pengundiny­a.”

Serangan 7 Oktober itu mengakibat­kan kematian kira-kira 1,140 orang di Israel, kebanyakan­nya orang awam.

Sebagai tindak balas, Israel telah melancarka­n serangan udara, darat dan laut tanpa henti yang membunuh sekurang-kurangnya 25,295 orang di Gaza, 70 peratus adalah wanita, kanak-kanak dan remaja.

Penganjur “Undi Gencatan Senjata” tidak menyatakan apakah kayu ukur untuk kejayaan kempen itu dan sejauh manakah kesan kempen itu.

“Saya melakukan ini kerana lebih 80 peratus pengundi Demokrat memihak kepada gencatan senjata untuk Gaza dan menentang pembunuhan berterusan lelaki, wanita dan kanak-kanak awam di Palestin, dengan senjata yang dibekalkan oleh AS,” kata sukarelawa­n kempen dan bekas wakil rakyat Demokrat, Chris Balch dalam video yang disiarkan di X.

Namun demikian, penulis Marianne Williamson, yang merupakan calon Demokrat, berkata kempen “Undi Gencatan Senjata” tidak akan berhasil untuk membantu rakyat Gaza.

“Satu cara untuk benarbenar membantu melaksanak­an gencatan senjata adalah dengan mengundi calon yang telah menggesa gencatan senjata sejak awal lagi,” tulisnya sebagai respons kepada kenyataan media sosial kempen itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia