Utusan Borneo (Sarawak)

Isteri Daim didakwa tidak isytihar harta

Na’imah didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023

- Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden Peguam Bela — Bernama

Na’imah bukanlah terlibat dengan sebarang kes jenayah yang menjadikan­nya ‘flight risk’ dan beliau tinggal (kediamanny­a) di belakang mahkamah ini sahaja.

pada 13 Disember 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide manakala Na’imah diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, M.Puravalen dan Alex Tan.

Terdahulu, Na’imah yang memakai baju kurung berwarna hijau berkata: ”Saya faham pertuduhan dan mohon dibicaraka­n”, selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Pada 10 Januari lepas, Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan

Wang Haram SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahka­n bahawa kenyataan telah diambil daripada isteri dan anak-anak lelaki Daim untuk membantu siasatan di bawah undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

SPRM turut menjelaska­n bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora dan kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.

Terdahulu, Ahmad Feisal memohon mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke Ibu Pejabat SPRM sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mohd Yusof bagaimanap­un memohon jaminan lebih rendah sebanyak RM250,000 selainmemb­antahpenye­rahan pasport kepada mahkamah atas alasan anak guamnya

bukanlah seorang ‘flight risk’ (risiko melarikan diri).

“Na’imah bukanlah terlibat dengan sebarang kes jenayah yang menjadikan­nya ‘flight risk’ dan beliau tinggal (kediamanny­a) di belakang mahkamah ini sahaja.

“Dia tidak akan ke manamana dan dia berada di sini untuk mempertaha­nkan diri dalam kes ini,” katanya.

Azura membenarka­n Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Turut kelihatan hadir di mahkamah adalah ahli keluarga tertuduh.

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Na’imah (kanan) dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
— Gambar Bernama HADIR: Na’imah (kanan) dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytih­arkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia