Utusan Borneo (Sarawak)

Inter ungguli kejuaraan Piala Super Itali

Buat kali ketiga berturut-turut setelah tewaskan Napoli menerusi gol tunggal Martinez

- Lautaro Martinez Penyerang Inter Milan

RIYADH: Lautaro Martinez memastikan Inter Milan memenangi kejuaraan Piala Super Itali buat kali ketiga berturut-turut selepas kemenangan 1-0 ke atas Napoli di sini pada Isnin.

Martinez menyempurn­akan hantaran Benjamin Pavard pada minit pertama masa kecederaan dalam perlawanan di Al-Awwal Park, menewaskan Napoli yang bermain 30 minit terakhir dengan 10 pemain selepas Giovanni Simeone dibuang padang setelah menerima dua kad kuning.

Gol itu adalah gol ke21 Martinez dalam semua pertanding­an musim ini untuk Inter, yang tercicir ke tangga kedua Serie A Itali, di belakang Juventus ketika menyertai kejohanan mini melibatkan empat pasukan di sini.

Dan dia meraikan gol dengan menanggalk­an jersi selepas berkongsi rekod gol dengan Christian Vieri (tangga kesembilan) dalam senarai penjaring gol kelab, dengan 123 gol sejak tiba pada 2018.

“Emosi menguasai diri dan saya tidak dapat berfikir,” kata Martinez.

“Ia adalah saat yang unik, saya menjaringk­an gol ke-100 saya dalam final Piala Itali dan gol ke-123 dalam Piala Super, membolehka­n saya menyamai rekod seorang bintang legenda seperti Christian Vieiri.”

Edisi kejohanan tahun ini adalah kali pertama berlangsun­g dalam format melibatkan empat pasukan tetapi gagal menarik perhatian penonton di Arab Saudi.

Penganjur juga malu dengan hanya sejumlah kecil penonton yang hadir, dilaporkan peminat tempatan dan bukan warga Itali yang bersiul (mengkritik) tafakur seminit untuk mendiang bekas penyerang Itali, Gigi Riva sebelum bermulanya separuh masa kedua.

yang meninggal dunia pada malam Isnin, adalah penjaring terbanyak Itali dengan 35 gol dari 42 penampilan dan membantu kelab Cagliari memenangi kejuaraan liga tunggal mereka pada 1970.

Gol Martinez memberikan jurulatih Inter, Simone Inzaghi rekod kejuaraan Piala Super yang kelima dalam kariernya selepas memenangin­ya untuk tahun ketiga berturut-turut.

Inzaghi memintas Fabio Capello dan Marcello Lippi, dua ikon kejurulati­han Itali yang memenangi Piala Super.

Jurulatih berusia 47 tahun itu memenangin­ya sebanyak dua kali ketika membimbing kelab Lazio pada 2017 dan 2019.

Kemenangan­nya menjadikan

Inter pasukan kedua yang melengkapk­an kemenangan hatrik selepas kelab jiran, AC Milan memenangin­ya sebanyak tiga kali berturut-turut di antara 1992 dan 1994.

Martinez dan rakan pemainnya menerima trofi kejuaraan di atas pentas di mana sekumpulan penyokong yang datang dari Itali, menyerahka­nnya kepada penyokong untuk sama-sama meraikan kejayaan itu.

Bagaimanap­un, jurulatih Napoli, Walter Mazzarri tidak menyertai majlis penyampaia­n hadir kerana dia kecewa dengan keputusan menyingkir­kan Simeone, yang memangku tugas Victor Osimhen ketika penyerang itu mewakili Nigeria dalam Piala Negara Afrika.

Simeone dibuang padang pada minit ke-60 oleh pengadil

Gianluca Rocchi selepas memijak kaki Francesco Acerbi untuk kad kuning kedua perlawanan, tidak lama setelah menerima kad kuning pertama kerana kekasaran ke atas Hakan Calhanoglu.

Mazzari menjerit “memalukan, memalukan” ke arah pengadil perlawanan sebelum memasuki bilik persalinan dan enggan bercakap kepada media.

“Kualiti pengadil sangat buruk musim ini... ia jelas untuk dilihat. Saya duduk bersama Rocchi sebelum perlawanan dan tertanya-tanya apa lagi perkara melakukan yang akan dia harungi selepas ini,” kata presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Simeone akan digantung untuk perlawanan liga di Lazio Ahad ini, dengan kelab ketika ini berada di tangga kesembilan liga.

Ia adalah saat yang unik, saya menjaringk­an gol ke-100 saya dalam final Piala Itali dan gol ke-123 dalam Piala Super, membolehka­n saya menyamai rekod seorang bintang legenda seperti Christian Vieiri.

 ?? — Gambar AFP ?? KAMI JUARA: Pemain Inter Milan meraikan kemenangan Piala Super Itali sejurus menamatkan perlawanan menentang Napoli di Stadium Al-Awwal Park di Riyadh, kelmarin.
— Gambar AFP KAMI JUARA: Pemain Inter Milan meraikan kemenangan Piala Super Itali sejurus menamatkan perlawanan menentang Napoli di Stadium Al-Awwal Park di Riyadh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia