Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz akui harus di ‘tahap terbaik’ pada pertemuan menentang Zverev

-

Carlos Alcaraz berkata dia harus bermain di ‘tahap terbaik’ untuk perlawanan suku akhir Terbuka Australia menentang Alexander Zverev selepas mempamerka­n aksi luar biasa ketika menewaskan pemain bukan pilihan, Miomir Kecmanovic dari Serbia pada Isnin.

Pemain pilihan kedua kejohanan – yang dilihat ancaman terbesar kepada juara bertahan, Novak Djokovic – tidak berdepan sebarang ketinggala­n mata dalam aksi penguasaan sepenuhnya ketika menang 6-4, 6-4 dan 6-0 dalam masa satu jam dan 49 minit.

Jaguh dari Sepanyol itu, yang memilih untuk tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan persediaan menjelang Terbuka Australia tahun ini, berkata dia “melakukan segala-galanya dengan sempurna” di Rod Laver Arena.

Tetapi dia mengakui bahawa dia harus mencari rentak lain apabila menentang pilihan keenam kejohanan dari Jerman, Zverev, yang memenangi pertemuan terakhir mereka di Final ATP untuk mendahului rekod pertemuan 4-3.

“Dia adalah seorang pemain yang hebat,” kata Alcaraz, 20. “Dia sudah menewaskan pemain yang hebat di sini.

“Jelas sekali saya suka bermain menentangn­ya. Ia sentiasa pertarunga­n sukar. Saya harus bermain di tahap terbaik saya. Dia memaksa saya bermain di tahap terbaik sekali kali kami bersemuka.

“Kali terakhir kami bertemu, saya tewas, jadi saya harus memberi sepenuh fokus. Saya harus meningkatk­an tahap permainan saya berbanding perlawanan sebelum ini.”

Zverev, yang menewaskan pilihan ke-19 dari Britain, Cameron Norrie untuk melangkah ke peringkat suku akhir, tewas kepada Alcaraz di peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Amerika (AS) tahun lepas namun dia menolak kepentinga­n semua itu dan berkata dia mempunyai kemampuan dengan meramalkan satu “perlawanan yang menarik dan menghiburk­an”.

“Apa yang pasti saya letih kerana saya bermain sehingga lima set dalam dua dari tiga perlawanan, tetapi saya belum mati lagi,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya tidak letih sepenuhnya. Saya hanya tidak dalam keadaan fizikal yang sama seperti di Terbuka AS. Saya menjangkak­an perlawanan yang berbeza.”

Alcaraz, yang membuat penampilan pertama di pusingan 16 akhir kejohanan di sini, dengan pantas menemui rentak permainan ketika menentang Kecmanovic.

Dia juga tidak pernah ketinggala­n dalam ketiga-tiga set dan walaupun lawannya berjaya mengutip empat mata, dia tidak kelihatan dalam sebarang bahaya.

Dalam set ketiga, Alcaraz mempamerka­n permainan sempurna untuk menewaskan lawan dalam enam permainan berturut-turut.

Dia memenangi 83 peratus mata dari pukulan servis pertama selain melakukan 43 pukulan kemenangan.

 ?? ?? ALCARAZ
ALCARAZ
 ?? ?? ZVEREV
ZVEREV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia