Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Asia: Tajikistan tewaskan Lubnan 2-1, melangkah ke pusingan kedua

-

Pasukan yang membuat penampilan pertama di Piala Asia, Tajikistan, menjaringk­an dua gol lewat untuk menewaskan Lubnan 2-1 dan melangkah ke pusingan kedua kejohanan tetapi harapan China kelihatan tipis selepas satu lagi kekalahan pada Isnin.

Ia adalah malam penuh drama ketika aksi Kumpulan A menarik perhatian.

Tuan rumah dan juara bertahan kejohanan, Qatar, sudah mengesahka­n tempat ke pusingan kedua kejohanan tetapi China, Lubnan dan Tajikistan akan bersaing untuk menyusuli mereka.

Dua pasukan teratas dalam setiap enam kumpulan layak secara automatik dengan empat pasukan tempat ketiga terbaik juga layak, menambah lagi tarikan pada baki pusingan pertama kejohanan.

Tajikistan adalah salah sebuah pasukan yang menyerlah pada kejohanan ini dan dibimbing jurulatih dari Croatia, Petar Segrt.

“Setiap hari di mana kami terus bersaing, ia adalah hebat. Kami sudah mencapai impian pertama kami: melayakkan diri ke kejohanan ini. Kami mempunyai impian kedua: kami mahu melangkah ke pusingan kedua. Sekarang mempunyai impian sekali lagi,” katanya.

“ini adalah bola sepak. Setiap seorang daripada kami mempunyai satu impian.”

Qatar menamatkan saingan pusingan pertama dengan sembilan mata penuh, dengan Tajikistan mengutip empat mata, China dua dan Lubnan satu – dan akan bersedia untuk kembali ke tanahair mereka.

Tajikistan memikirkan mereka ada membuka jarRiva,

ingan lebih awal pada minit akhir sebelum rehat tetapi pengadil tidak membenarka­n gol kerana ofsaid.

Nasib malang mereka kelihatan menjadi lebih buruk tidak lama selepas rehat apabila Bassel Jradi meletakkan Lubnan di hadapan.

Namun Lubnan kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengubah kad kuning Kassem El Zein kepada kad merah kerana kekasaran serius.

Dengan kelebihan seorang pemain, Tajikistan sekali lagi memikirkan mereka menjaringk­an gol tetapi gol Alisher Dzhalilov dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku ofsaid.

Namun Parvizdzho­n Umarbaev akhirnya menjaringk­an gol yang sah buat Tajikistan dan mengikat kedudukan dari satu tendangan

percuma cantik pada minit ke-80.

Dengan keputusan seri, Tajikistan membayangk­an akan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua tetapi mereka terus berusaha mencari gol kemenangan dan memperoleh­inya dalam minit kecederaan menerusi tandukan Nuriddin Khamrokulo­v.

Qatar menewaskan China 1-0 dan sekarang mengharapk­an satu keajaiban di mana dengan dua mata adalah memadai untuk layak sebagai salah satu dari empat pasukan terbaik yang menamatkan saingan di tangga ketiga.

Jika China tersingkir dari kejohanan, mereka pastinya tidak dapat merungut kerana gagal menjaringk­an sebarang gol dari tiga perlawanan dan gagal menewaskan atau seri menentang lawan yang menurunkan skuad kedua

selepas sudah mengesahka­n akan muncul juara Kumpulan A berikutan dengan dua kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Gol Hassan Al-Haydou pada minit ke-66 memastikan kemenangan Qatar dari satu tendangan sudut.

China harus menyalahka­n diri mereka sendiri, terutama sekali dalam separuh masa pertama apabila gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

“Dalam tiga perlawanan, banyak peluang yang kami gagal sempurnaka­n,” kata jurulatih China, Aleksandar Jankovic.

“Jika kamu gagal menjaringk­an gol, kamu tidak akan dapat menjangkak­an satu keputusan besar. Kami kecewa kerana takdir kami tidak bergantung kepada diri kami sendiri ketika ini.”

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Penyerang Lubnan Omar Bugiel (tengah) diasak pemain Tajikistan pada perlawanan Piala Asia Kumpulan A di antara Tajikistan dan Lubnan di Stadium Jassim bin Hamad di Doha, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Penyerang Lubnan Omar Bugiel (tengah) diasak pemain Tajikistan pada perlawanan Piala Asia Kumpulan A di antara Tajikistan dan Lubnan di Stadium Jassim bin Hamad di Doha, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia