Utusan Borneo (Sarawak)

Brighton nyaris dimalukan Wolves, seri tanpa jaringan

- — AFP

Brighton tumpul di jentera serangan dan bernasib baik untuk seri tanpa jaringan dengan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri, dengan keputusan ini tidak memberikan sebarang kelebihan kepada kedua-dua pasukan dalam usaha memburu kelayakan ke kejohanan Eropah musim hadapan.

Wolves mencipta peluang yang lebih baik walaupun hanya menguasai 28 peratus permainan tetapi Pedro Neto dan Matheus Cunha gagal melakukan penyudah kemas.

Satu mata menyebabka­n Brighton kekal di tangga ketujuh liga tetapi masih tiga mata di hadapan Wolves, yang kekal di tangga ke11.

Brighton bagaimanap­un berjaya mengelak pintu gol mereka dari dibolosi buat kali pertama dalam liga sejak bulan Mei, di mana mereka seri tanpa jaringan dengan West Ham ketika itu.

Skuad kendalian Roberto De Zerbi itu harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana kurang kreativiti walaupun menguasai bola.

Peluang terbaik Brighton ialah dalam separuh masa pertama apabila satu tandukan Facundo Buonanotte dari satu tendangan sudut berjaya ditendang keluar sebelum melepasi garisan gol oleh Tommy Doyle.

Neto kemudian melihat cubaannya sedikit tersasar dari palang gol ketika Wolves melancarka­n serangan mengejut sebelum rehat.

Tetapi selepas rehat, kepantasan anak buah Gary O’Neill melakukan serangan pantas ternyata mencemaska­n pertahanan Brighton.

Namun Cunha gagal memecah kebuntuan seminit selepas rehat dengan cubaan awalnya berjaya ditepis penjaga gol Brighton, Jason Steele sebelum rembatan bola muntah melambung tinggi.

Peluang terbaik Brighton hadir dalam separuh masa kedua oleh pemain Wolves apabila bola terkena kaki Max Kilman dan hampir masuk ke pintu golnya sendiri.

Walaupun mencipta beberapa peluang, Brighton tetap gagal melakukan penyudah kemas dan walaupun kecewa dengan keputusan seri, Brighton sekurang-kurangnya melanjutka­n rekod tanpa kalah di tempat sendiri dalam aksi liga kepada sembilan perlawanan.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain pertahanan Wolves Tote Gomes (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan penyerang Brighton Danny Welbeck pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton and Hove Albion dan Wolverhamp­ton Wanderers di Stadium Komuniti American Express di Brighton, England, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain pertahanan Wolves Tote Gomes (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan penyerang Brighton Danny Welbeck pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton and Hove Albion dan Wolverhamp­ton Wanderers di Stadium Komuniti American Express di Brighton, England, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia