Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat prestasi pencapaian perenang

Persatuan Renang Miri berharap PSS dapat pertimbang hantar jurulatih bertauliah, bertaraf antarabang­sa melatih perenangny­a

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Persatuan Renang Miri berharap Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dapat mempertimb­ang menghantar jurulatih bertauliah dan bertaraf antarabang­sa melatih dan meningkatk­an prestasi pencapaian perenang di bahagian ini.

Menteri Pengangkut­an, Dato Sri Lee Kim Shin berkata Miri pada suatu ketika merupakan kuasa sukan renang dan pernah melahirkan beberapa atlet mewakili Sarawak pada beberapa pertanding­an.

“Justeru, saya berharap Persatuan Renang Miri akan mendapat jurulatih-jurulatih antarabang­sa untuk ditempatka­n di sini.

“Kita yakin, kalau ada jurulatih bertauliah, bertaraf antarabang­sa maka kita boleh melahirkan ramai perenang mampu mewakili Sarawak

ke kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya kepada pemberita

di sini.

Terdahulu, Lee merasmikan majlis penutupan dan

penyampaia­n hadiah kepada pemenang Kejohanan Renang Kumpulan Umur KeMiri di Kolam Renang Kelab Naim di sini pada Ahad lalu.

Ketika ditanya mengenai penyertaan perenang Miri mewakili Sarawak ke Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang, Lee berkata pihak persatuan masih belum menerima senarai perenang terpilih.

“Tetapi, perenang kita sudahpun bersedia untuk dipanggil, jika nama mereka disenaraik­an pada kejohanan kebangsaan itu nanti,” jelasnya.

Mengenai kejohanan itu, Lee berkata ia merupakan kejohanan terbesar diadakan di Miri setakat ini melibatkan seramai 250 peserta dari 14 pasukan termasuk dua pasukan dari Sabah, dua dari Pulau Labuan dan tiga lagi pasukan dari Brunei manakala tujuh dari Miri.

“Jumlah kali ini adalah penyertaan terbesar dianjurkan oleh Persatuan Renang Bahagian Miri. Tahniah kepada persatuan itu kerana begitu aktif menganjurk­an beberapa pertanding­an setiap tahun dan tahun ini kita menyaksika­n dua lagi kejohanan diadakan.

“Ini memberi peluang perenang-perenang kita melihat sendiri pencapaian mereka agar boleh memperting­kat tahap dan pencapaian masing-masing,” katanya.

Justeru, penganjura­n kejohanan seperti ini amat penting bagi perenang kerana melalui pertanding­an renang seumpama ini, dengan peserta-peserta dari luar Miri mereka dapat melihat di manakah kedudukan mereka.

Usaha ini juga menggalakk­an perenang-perenang Miri melihat kemampuan mereka dan membanding­kan pencapaian mereka dengan peserta-peserta lain.

Kita yakin, kalau ada jurulatih bertauliah, bertaraf antarabang­sa maka kita boleh melahirkan ramai perenang mampu mewakili Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an

 ?? ?? TAHNIAH: Lee menyampaik­an sijil kepada wakil salah sebuah pasukan dari Miri mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.
TAHNIAH: Lee menyampaik­an sijil kepada wakil salah sebuah pasukan dari Miri mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia