Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Boling 2023: Kehebatan S.H.I.E.L.D sukar dibendung

-

Kehebatan pasukan S.H.I.E.L.D pada saingan Liga Boling Perkhidmat­an Awam II 2023 sukar dibendung apabila melakar kemenangan ke-10 pada aksi minggu ke-13 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini.

Gandingan mantap Halimah Arrifin, Nurafidza Mohd Amran dan Nazrin Wagiman nyata dalam kelasnya tersendiri apabila berjaya membenam Black Dragon Bowlers dengan 12-8.

Kemenangan itu memastikan pasukan itu meraih 35.49 mata Peterson sekali gus mengumpul 508.98 mata setakat ini untuk kekal mendahului 17 pencabar lain.

Mengekori rapat di tangga kedua SUK Bowlers selepas mengenepik­an PSKPP B team 14-6.

Membariska­n Abu Seman Umar, Ruzaimah Rahmat dan Adrian Chan Fook Weng, pasukan itu kini mengumpul 465.39 mata selepas mengutip 38.63 mata daripada perlawanan tersebut.

Malang bagi PSKPP B apabila akur jatuh ke tangga kelima dengan kutipan 451.85 mata selepas sekadar meraih

29.18 mata.

Nasib berbeza dilalui One Mixx Team apabila kekal di tangga ketiga meskipun tewas kepada pasukan EVO dengan mengumpul 459.64 mata hasil kutipan 31.46 mata.

Naik ke tangga keempat pula pasukan The Cops meskipun dikecewaka­n Kuching Waterboard dengan 9-11.

Pasukan itu meraih 30.43 mata bagi mengumpul 452.17

mata setakat ini menerusi gandingan trio Sofian Kamsani, Mohd Naim Bebeto Sulaiman dan Mohd Khairol Murad.

Senarai pasukan menduduki tangga keenam hingga ke-18 adalah The Cannon Balls, EVO, Black Dragon Bowlers, Medic Squad, Dynamixxx, PSKPP A, Pin Pocket, De’1D, Kuching Waterboard, SUKBOM, UiTM Crocs, UBC dan SDO Mix Crocs.

 ?? ?? TANGGA KEDUA: Trio SUK Bowlers (dari kiri) Adrian Chan, Ruzaimah dan Abu Seman menunjukka­n isyarat terbaik selepas berakhir perlawanan.
TANGGA KEDUA: Trio SUK Bowlers (dari kiri) Adrian Chan, Ruzaimah dan Abu Seman menunjukka­n isyarat terbaik selepas berakhir perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia