Utusan Borneo (Sarawak)

Diskrimina­si: Larangan hadiri perlawanan dikenakan terhadap penonton terlibat

-

MILAN: Kelab Udinese akan menggantun­g seumur hidup penyokong yang didapati bersalah mengeluark­an ejekan hinaan ke arah penjaga gol antarabang­sa Perancis, Mike Maignan, menurut pengumuman kelab Serie A Itali itu pada Isnin.

Maignan menjadi mangsa ejekan hinaan ketika Udinese tewas 2-3 kepada AC Milan dalam aksi Serie A Itali pada Sabtu, menyebabka­n permainan terhenti selama lima minit dalam separuh masa pertama selepas ejekan berulang kali kedengaran dari tempat duduk di belakang pintu gol yang dikawalnya ketika itu.

“Kelab Udinese telah mengenal pasti individu pertama yang bertanggun­gjawab melakukan tingkah laku diskrimina­si ke arah pemain AC Milan, Mike Maignan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Orang ini akan berdepan penggantun­gan seumur hidup daripada menghadiri sebarang perlawanan kelab Udinese. Penggantun­gan ini berkuatkua­sa serta-merta.”

“Kami percaya bahawa langkah yang tegas seperti ini adalah perlu untuk menghantar satu pesanan jelas di mana perkauman tidak mempunyai tempat dalam bola sepak atau masyarakat... kami akan terus bekerja tanpa lelah untuk mengenal pasti dan menghukum individu lain yang terlibat dalam insiden ini.”

Awal hari yang sama, media Itali melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun dari bandar berhampira­n Udine di timur laut Itali telah dikenal pasti, dan dia dipercayai orang yang sama dalam satu video yang tular di media sosial.

Dalam video itu dirakam seseorang, ia jelas kelihatan dia menjerit penghinaan perkauman yang sama ke arah Maignan beberapa kali selepas Lazar Samardzic menjaringk­an gol penyamaan Udinese dalam separuh masa pertama.

Maignan mencabar pihak berkuasa bola sepak Itali pada

Ahad dengan berkata bahawa “jika kamu tidak melakukan apa-apa, kami juga bersubahat”.

Insiden Sabtu lepas adalah buta kali pertama di mana Maignan menjadi mangsa ejekan perkauman di Itali selepas pernah menjadi sasaran seorang penyokong kelab Juventus pada September 2021.

Presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Gianni Infantino mendesak penggantun­gan stadium di seluruh dunia untuk penyokong dan “pembatalan automatik” untuk pasukan di mana penyokong mereka melakukan ejekan hinaan atau perkauman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia