Utusan Borneo (Sarawak)

JTK Sarawak kesan 14 majikan langgar undang-undang buruh di Miri

-

MIRI: Sejumlah 14 majikan dikesan telah melakukan pelanggara­n undang-undang buruh yang dikuatkuas­akan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak dalam Operasi Restologi di sini, kelmarin.

Pengarah JTK Sarawak Awang Raduan Awang Omar berkata, operasi melibatkan seramai 86 pegawai itu telah memeriksa 19 tempat pekerjaan di sekitar Miri.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak lima kertas siasatan dibuka dan 47 pelanggara­n dikeluarka­n notifikasi pelanggara­n kepada majikan terlibat untuk diambil tindakan pembetulan,” katanya pada sidang media, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah JTK Sarawak Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Standard Perburuhan JTK Sarawak Jamilah Putit.

Menurutnya, operasi ini memfokuska­n pematuhan undang-undang buruh yang dikuatkuas­akan oleh jabatan terhadap majikan di perusahaan kedai makan dan restoran serta pusat refleksolo­gi yang menggaji pekerja pada waktu malam.

“Penekanan perkara yang diperiksa semasa operasi adalah terhadap aspek bayaran gaji termasuk potongan gaji, waktu bekerja, pemberian kelayakan cuti bergaji dan penggajian pekerja bukan pemastauti­n.

“Selain itu, operasi ini juga memeriksa sama ada terdapat penggajian pekerja kanak-kanak dan amalan buruh paksa oleh majikan yang diperiksa semasa operasi,” tegasnya.

Tambah beliau, berdasarka­n rekod JTK Sarawak, sebanyak 103 operasi pemeriksaa­n dijalankan pada tahun 2021 melibatkan 353 majikan, manakala sebanyak 224 operasi pemeriksaa­n dijalankan pada tahun 2022 melibatkan 1,461 majikan.

Tahun berikutnya, sebanyak 320 operasi pemeriksaa­n dijalankan melibatkan 1,475 majikan.

“Pada tahun 2024, jabatan telah menetapkan sasaran sebanyak 350 operasi pemeriksaa­n berkanun di semua sektor.

“Ia adalah selaras dengan kehendak Article 2 dan Article 23 Labour Inspection Convention 1947 yang menetapkan bahawa pemeriksaa­n berkanun hendaklah dijalankan terhadap semua tempat pekerjaan untuk memastikan pematuhan undang-undang buruh oleh majikan di semua sektor,” katanya.

Awang Raduan berkata, operasi pemeriksaa­n adalah sangat signifikan untuk mencermink­an objektif jabatan iaitu memelihara hak dan tahap kebajikan warga pekerja serta memajukan kepentinga­n pihak majikan dengan saranan pematuhan standard undangunda­ng perburuhan.

“Sebagai contoh, sepanjang aktiviti pemeriksaa­n berkanun pada tahun 2023, JTK Sarawak telah memeriksa sebanyak 5,285 tempat pekerjaan dan sebanyak 935 notis pelanggara­n telah dikeluarka­n kepada majikan terlibat,” ujarnya.

“Melalui pemeriksaa­n berkanun tersebut, jabatan telah mengesan pelanggara­n berkaitan kewangan berjumlah RM632,903.09 dan sejumlah RM605,554.01 daripada bayaran tertunggak tersebut telah dibayar kepada pekerja terlibat.

“Ia adalah rekod tertinggi bayaran tertunggak yang dikesan melalui operasi pemeriksaa­n sepanjang tahun 2023 berbanding jumlah bayaran tertunggak berjumlah RM488, 896.76 yang dikesan pada tahun 2022,” katanya.

Menurutnya, itu merupakan impak dan manfaat kepada masyarakat industri khususnya kepada warga pekerja.

Untuk sasaran pada tahun 2024, JTK Sarawak telah menetapkan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n berkanun ke atas 6,000 tempat pekerjaan di seluruh Sarawak.

 ?? ?? KUAT KUASA: Awang Raduan bersama pegawai dan anggota JTK Sarawak melakukan pemeriksaa­n di sebuah pusat refleksolo­gi dan spa di Miri, kelmarin.
KUAT KUASA: Awang Raduan bersama pegawai dan anggota JTK Sarawak melakukan pemeriksaa­n di sebuah pusat refleksolo­gi dan spa di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia