Utusan Borneo (Sarawak)

Meninggal dunia dalam pelukan kakak

Penjual kuih meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan selepas dipukul suami

- Oleh Jeremy Lanson

“Mangsa dikatakan ada melawan menyebabka­n suspek bertindak mencekik leher dan menyuruhny­a mendiamkan diri.

KUCHING: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan selepas dipukul suaminya di sebuah rumah di Batu Gong, Siburan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa berumur 43 tahun dari Taman Duranda Emas, Jalan Kuching-Serian.

“Siasatan awal mendapati suami mangsa iaitu suspek utama kes telah bertindak menolak mangsa di kerusi ruang tamu dan terus menampar kedua-dua pipinya beberapa kali.

“Mangsa dikatakan ada melawan menyebabka­n suspek bertindak mencekik leher dan menyuruhny­a mendiamkan diri,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Abang Zainal Abidin berkata, mangsa hanya dapat menyelamat­kan dirinya ketika suspek mengambil bajunya dan kesempatan itu digunakann­ya untuk menghubung­i jiran mereka menyebabka­n suspek terus melarikan diri.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam di kedua-dua pipi, sakit di telinga kiri dan lebam pada lehernya.

Menurutnya, mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu sakit di telinga kiri pada malam Selasa.

“Saksi utama iaitu kakak mangsa memberitah­u dia dan mangsa sedang berbual di ruang tamu sebelum mangsa mengadu sakit di telinga dan memanggil kakak untuk duduk di sebelahnya.

“Tiba-tiba tangan mangsa mengejang dan menjadi lemah lalu terbaring dalam pelukannya (kakak),” katanya.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas diperiksa kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Susulan itu, suspek iaitu suami mangsa berusia 42 tahun dari Bintangor telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

“Siasatan juga mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa menghalau dan menuntut cerai daripada suspek kerana suspek enggan bekerja sejak setahun lepas.

“Suspek juga sering meminta wang daripada mangsa tetapi tidak membantuny­a berniaga dan hanya tidur dan makan sahaja,” katanya.

Difahamkan, mangsa menjalanka­n perniagaan menjual kuih-muih.

Perkahwina­n mangsa dan suspek merupakan perkahwina­n kedua mereka di mana mangsa mempunyai lima anak dan suspek dua anak hasil perkahwina­n pertama mereka dengan pasangan masing-masing.

Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad Ketua Polis Daerah Padawan

 ?? ?? ABANG ZAINAL ABIDIN
ABANG ZAINAL ABIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia