Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki miliki rokok dan bir secara tak sah didenda

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM500 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan memiliki beberapa karton rokok dan bir yang diperolehi secara tidak sah.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Jacky Umai, 32, dari Merbau Estate di sini, didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Bab 56) (Sarawak) 1958 dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan dan denda sehingga RM500, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati memiliki 1,150 karton rokok pelbagai jenama dan 240 tin bir pelbagai jenama yang dipercayai diperolehi secaara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 pagi, 15 Januari lalu di dua premis masing-masing di Jalan Bendahara/Jalan Oleander dan China Street di sini.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, Wilson Linggi, 32, Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini, turut didenda RM500 atau dua minggu penjara setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan serupa.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati memiliki beberapa karton rokok dan bir pelbagai jenama yang diperolehi secara tidak sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada jam 3 petang, 15 Januari lalu di sebuah premis di Bandar Baru Permyjaya di sini.

Pendakwaan dikendalik­an ASP Koay Kok Ping, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia