Utusan Borneo (Sarawak)

Tanam tebu hingga ceroboh tanah orang, lapan individu kena bon jaga keamanan

-

KUCHING: Padah menanam tebu sehingga menceroboh tanah milik orang lain, enam lelaki dan dua wanita masingmasi­ng diperintah­kan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah­kan lapan individu tersebut yang berusia antara 25 dan 69 tahun, masing-masing dikenakan jaminan RM500 (tidak didepositk­an) dengan seorang penjamin.

Tertuduh-tertuduh yang merupakan ahli sebuah persatuan di sini, terdiri daripada Wira Majni, Yunus Buntok, Edward Kuna, Was Buang, Wan Seman Wan Sebeli, Kamal Anwar, Norlide Buntok dan Siti Aisah Abdullah.

Kesemuanya mengaku bersalah sebaik didakwa di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Berdasarka­n fakta kes, pada 7 Oktober 2023, pengadu yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut mendapati pihak persatuan berkenaan telahmempe­rluaskanpe­nanaman tebuditana­hseluas34e­karmilik bapanya dan rakan kongsi di Jalan FAC Matang di sini, tanpa pengetahua­n pengadu.

Sebelum ini, pengadu telah mencuba untuk berbincang dengan ketua persatuan iaitu Wira, namun usahanya tidak diberi perhatian.

Malah, tanah milik pengadu juga dilaporkan telah diceroboh oleh persatuan tersebut sejak November 2022.

Selain itu, pengadu juga telah merujuk kepada Pejabat Tanah dan Ukur dan pejabat mengesahka­n bahawa tanah tersebut adalah milik bapa pengadu dan rakan kongsinya.

Berikutan itu, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a dan kesemua tertuduh ditangkap pada 7 Disember 2023 di tanah lot tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia