Utusan Borneo (Sarawak)

Kampus cawangan universiti kukuh hubungan diplomatik

Sarawak cadangkan semula untuk teliti penubuhan kampus cawangan universiti dari China di negeri ini

- Oleh Jessica Jawing

“Namun malangnya pada masa itu kerajaan China tidak membenarka­n mana-mana universiti mereka di luar negara dan hanya satu universiti pertama dari negara itu mempunyai cawangan di ” Malaysia iaitu Universiti Xiamen.

KUCHING: Sarawak mencadangk­an semula untuk meneliti penubuhan kampus cawangan universiti dari China di negeri ini dalam usaha mengukuhka­n lagi hubungan diplomatik antara Malaysia (Sarawak) dan negara itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, cadangan menubuhkan kampus cawangan Universiti Shanghai dari China pernah dicadangka­n semasa Tan Sri Peter Chin sebagai presiden Parti Rakyat Bersatu (SUPP) dan diluluskan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa berkenaan.

“Namun malangnya pada masa itu kerajaan China tidak membenarka­n mana-mana universiti mereka di luar negara dan hanya satu universiti pertama dari negara itu mempunyai cawangan di Malaysia iaitu Universiti Xiamen.

“Jika mahu membina lagi hubungan diplomatik antara kedua-duanya agar lebih kukuh, terutama di Sarawak kita perlu ada banyak kampus cawangan universiti luar di negeri ini sebagaiman­a kerjasama kita dengan Australia.

“Kita berharap kerjasama bagi hubungan kedua-dua pihak dapat diteruskan selain Malaysia tetapi juga daripada pemimpin China, di mana kita mahu kampus cawangan universiti dari China juga ditubuhkan di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Kuplet sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia dan China yang turut dihadiri Konsul Jeneral China di Kuching Xing Wei Ping

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

di Taman Sahabat di sini, semalam.

Dr Sim berkata, sekiranya penubuhann­ya dapat direalisas­ikan, ia mungkin menumpukan kepada bidang teknologi pintar atau berkaitan dengan kemajuan yang diperlukan Sarawak.

“Kekuatan pembanguna­n China kini adalah semua teknologi, bandar pintar dan semua berkaitan dengan kemajuan.

“Mereka telah bergerak dari sebuah negara pengeluara­n dan meniru pengeluara­n pembuatan kepada negara yang mencipta teknologi, AI dan semuanya.

“Ini antara yang mahu kita capai kerana Premier kita selalu berkata bahawa pembanguna­n kita perlu mengikut langkah China,” katanya.

Sementara itu mengenai program Kuplet yang diadakan itu, Dr Sim berkata ia merupakan satu perkara yang signifikan memandangk­an ia diterjemah­kan dalam bentuk kaligrafi.

Kuplet atau bait puisi yang dilancarka­n beliau itu merupakan hasil daripada seni penulis kaligrafi berasal dari Kuching, Sim Poh Yaw yang kini berusia 94 tahun.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TRADISI: Dr Sim (tujuh kiri) bersama Xing (enam kanan) serta penulis kaligrafi, Sim (tujuh kanan), Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng (lima kanan) serta yang lain merakam kenangan dengan Kuplet kaligrafi semasa majlis di Taman Sahabat, Kuching, semalam.
— Gambar Roystein Emmor TRADISI: Dr Sim (tujuh kiri) bersama Xing (enam kanan) serta penulis kaligrafi, Sim (tujuh kanan), Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng (lima kanan) serta yang lain merakam kenangan dengan Kuplet kaligrafi semasa majlis di Taman Sahabat, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia