Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga universiti bekerjasam­a kaji persediaan ke arah negeri tua

-

LAWAS: Satu kajian akan dilakukan Sarawak melalui Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti (KPWKK) tahun ini sebagai persediaan Sarawak Ke Arah Negeri Tua 2028.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kajian itu akan dilakukan dengan membentuk konsortium bersama Swinburne University, Curtin University dan Universiti Technologi Sarawak (UTS) bagi mengukuhka­n dasar dan polisi berkaitan.

“Tahun ini, kita akan adakan satu kajian sebagai persiapan kita untuk menghadapi negeri Sarawak yang tua pada tahun 2028.

“Kita membentuk konsortium bersama Swinburne dan Curtin University dan juga UTS untuk membuat kajian, mendapat profil warga emas di Sarawak dan kemudahan yang ada di negeri Sarawak untuk warga emas,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina Bahagian di Hotel Sri Malaysia di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Wan Muhammad Hasif Wan Jamari.

Jelasnya, kementeria­n berharap daripada kajian tersebut, mereka akan mendapat cadangan terbaik di seluruh Sarawak termasuk di kawasan bandar dan luar bandar.

Fatimah berkata lagi, melalui kajian itu mereka dapat memperoleh profil, cadangan dan latar belakang warga emas, selain isu yang dihadapi warga emas di pedalaman, bandar dan luar bandar.

Dalam pada itu katanya, Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu meringanka­n beban kewangan pesakit buah pinggang terutama golongan B40 di Sarawak.

“BKPBP dilaksanak­an Kerajaan Sarawak bagi meringanka­n bebanan pesakit yang memerlukan rawatan untuk penyakit buah pinggang yang telah didiagnosi­s dengan End Stage Renal Failure (ESRF) iaitu kegagalan buah pinggang tahap akhir.

“Perkhidmat­an ini diberikan percuma di hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan namun pesakit juga perlu melakukann­ya di pusat perubatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau swasta,” jelasnya.

Terdahulu, KPWKK melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurka­n dua mesin hemodialis­is yang bernilai RM82,300 bagi kegunaan pesakit buah pinggang di Hospital Lawas.

 ?? ?? MENJELANG PERAYAAN: Fatimah (dua kiri) menyerahka­n angpau kepada warga emas sambil disaksikan tetamu lain kelmarin.
MENJELANG PERAYAAN: Fatimah (dua kiri) menyerahka­n angpau kepada warga emas sambil disaksikan tetamu lain kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia