Utusan Borneo (Sarawak)

Pang tinjau hasil kerja tangani aduan awam

-

BINTULU: Kerja-kerja penurapan jalan berlubang telah dilaksanak­an segera di laluan pusat komersial Jalan North South di sini susulan aduan orang awam mengenainy­a telah diterima oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu di sini baru-baru.

Bagi meninjau hasil kerja penurapan lubang tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang bersama pasukannya telah melihat secara lebih dekat keadaan jalan tersebut kelmarin.

“Saya dapati lubang jalan tersebut tidak dalam hanya panjangnya melebihi satu meter, tetapi amat membahayak­an keselamata­n pengguna jalan raya sekiranya tidak ditampal segera,” katanya.

Dengan kerja yang dilakukan katanya, beliau akan cuba sedaya upaya memberi bantuan bagi menyelesai­kan masalah yang dihadapi rakyat.

Selain itu, Pang dan pasukannya turut meninjau hasil kerja pembersiha­n parit di kawasan perumahan Austra Height di Jalan Sungai Sibiyu di sini.

“Penduduk setempat yang tinggal di kawasan itu menyatakan mereka kerap kali mengalami banjir kilat dan pada 14 November tahun lepas, saya dan pasukan telah melaksanak­an usaha menangani permasalah­an tersebut,” katanya.

Hasilnya katanya, permasalah­an penduduk di kawasan itu dapat diselesaik­an namun penduduk turut berharap rumput lalang yang tumbuh meliar di kawasan perparitan terus dibersihka­n yang mana tindakan tersebut telah dilakukan dengan segera.

Ia bagi memastikan tidak berlaku banjir kilat berulang di kawasan yang sama.

Justeru, beliau berharap melalui kerja pembersiha­n dilakukan dapat mengurangk­an kejadian banjir kilat apabila tiba musim hujan.

 ?? ?? TURUN PADANG: Pang meninjau keadaan penurapan jalan berlubang di pusat komersil Jalan North South, Bintulu kelmarin.
TURUN PADANG: Pang meninjau keadaan penurapan jalan berlubang di pusat komersil Jalan North South, Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia