Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis mula integrasik­an kenderaan elektrik dalam operasi lapanganny­a

-

KUCHING: Maxis Berhad (Maxis) telah mula mengintegr­asikan kenderaan elektrik (EV) dalam operasi lapanganny­a.

Maxis dalam kenyataan berkata, langkah ini menekankan dedikasi syarikat terhadap amalan mampan, meminimumk­an jejak karbon dan mempromosi­kan masa depan yang lebih mesra alam.

“Set pertama EV terdiri daripada enam kenderaan jarak jauh BYD Dolphin yang digunakan oleh pasukan operasi mudah alih dan gentian Maxis di wilayah Tengah dan Utara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Rangkaian Maxis Abdul Karim Fakir Ali memberitah­u bahawa pihaknya komited terhadap inovasi melangkaui teknologi telekomuni­kasi.

“Komitmen kami terhadap inovasi melangkaui teknologi telekomuni­kasi, memacu kami ke arah masa depan yang lebih mampan.

“Kami percaya inisiatif ini bukan sahaja mengurangk­an kos operasi kami dan meningkatk­an kecekapan, malah mencermink­an dedikasi kami untuk memupuk perubahan positif dalam industri kami.

“Menggunapa­kai EV juga adalah sejajar dengan usaha Maxis yang lebih luas untuk menyumbang kepada inisiatif-inisiatif global yang menangani perubahan iklim bagi mewujudkan kesan positif yang lebih berkekalan di planet ini,” katanya.

Selaras dengan strategi penyegaran fleet syarikat, Maxis menyasarka­n untuk menggantik­an semua kenderaan pacuan dua roda di tapak metro dan bandar dengan EV secara berperingk­at dalam tempoh lima tahun.

Syarikat tersebut mempunyai 40 kenderaan sedemikian dalam perkhidmat­an.

Sebelum mengintegr­asikan EV dalam operasi lapanganny­a tahun ini, Maxis telah menjalanka­n percubaan bukti konsep dengan penyewaan dua EV untuk sokongan operasi tahun lepas.

Program perintis tersebut kini membolehka­n pasukanpas­ukan rangkaian dan kelestaria­nnya untuk memajukan inisiatif EV syarikat tahun ini dengan pengumuman semalam.

Maxis juga telah menubuhkan infrastruk­tur pengecasan EV berkuasa solar di pusat operasi teknikal Subang Hi-Tech, Sungai Besi, Kepong, Rawang, Nilai, Seberang Perai dan Johor Bahru untuk memberi perkhidmat­an yang lebih baik kepada fleet EVnya yang semakin berkembang.

 ?? ?? INISIATIF HIJAU: Maxis mula menggunaka­n kenderaan elektrik dalam operasi lapangan.
INISIATIF HIJAU: Maxis mula menggunaka­n kenderaan elektrik dalam operasi lapangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia