Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek keselamata­n di SK St Anthony dipertingk­at

-

BINTULU: Bumbung dan palang pemegang akan dipasang di laluan pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan (SK) St Anthony di sini bagi keselamata­n serta melindungi murid serta warga sekolah daripada cuaca panas dan hujan.

Perkara tersebut dimaklumka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang semasa melawat sekolah tersebut bersama pegawai-pegawai kanan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan ahli lembaga pengurusan sekolah tersebut semalam.

“Kita melihat keperluan mendesak untuk menaik taraf sekolah ini.

“Projek yang diusulkan ialah pemasangan bumbung disambung dengan bumbung sedia ada untuk laluan pejalan kaki di sekolah ini dan palang pemegang antara kawasan perparitan,” katanya.

Pang berkata, ini adalah langkah positif untuk meningkatk­an keselamata­n muridmurid di sekolah itu.

Untuk pelaksanaa­n projek ini katanya, ia dijangka siap dalam masa enam bulan.

“Saya akan terus memantau perkembang­annya dan memberi sokongan sepenuhnya usaha untuk kebaikan masa depan pendidikan di sekolah ini,” jelasnya.

Pada masa sama Pang turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua bagi membincang pelaksanaa­n projek membangun kemudahan sekolah tersebut di tepi jalan sekolah itu hari ini.

“Saya tidak kisah manamana pun untuk mengadakan pertemuan, tepi jalan pun boleh asalkan rakyat mudah untuk berjumpa saya dan menyuaraka­n hasrat mereka.

“Yang penting kepentinga­n rakyat kita mesti dahulukan dan kerja mesti dilaksanak­an,” katanya.

Dalam pertemuan itu Pang berkata, pengurusan sekolah tersebut turut mencadangk­an agar dibina laluan berbumbung bagi tempat murid menunggu ibu bapa mengambil mereka dari sekolah mahupun menghantar mereka ke sekolah itu.

“Saya melihat pentingnya membina laluan berbumbung ini untuk memudahkan ibu bapa dan murid.

“Projek ini bukan hanya tentang pembinaan fizikal tetapi turut melibatkan keselesaan dan keselamata­n murid,” katanya.

Katanya, keprihatin­an beliau terhadap projek itu amat mendalam dan saya berharap usaha bersama ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia