Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha premis makanan tiada lesen perniagaan akan dikena tindakan tegas

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha premis makanan yang masih tidak mempunyai lesen perniagaan.

Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman berkata, ini kerana pihaknya sudah memberi tempoh untuk pengusaha terbabit mendapatka­n lesen sehingga 31 Mac tahun ini.

Sekiranya masih gagal berbuat demikian katanya, pengusaha premis berkenaan diarah menghentik­an operasi perniagaan mereka.

“Tindakan ini mungkin nampak kurang baik bagi mereka yang menjalanka­n perniagaan, namun kami tiada pilihan kerana beroperasi tanpa lesen adalah satu pelanggara­n undang-undang pihak berkuasa tempatan.

“Ini demi memastikan keselamata­n dan kebersihan, bukan hanya bagi premis penyediaan makanan tetapi juga bagi orang awam yang mengunjung­i premis (makanan) tersebut,” katanya pada sidang sempena Operasi Peka di premisprem­is perniagaan makanan sekitar Metrocity di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hilmy berharap semua pengusaha atau premis makanan dalam kawasan seliaan DBKU memahami tujuan pihaknya mengambil tindakan sebegini.

“Justeru, kami menyeru kepada semua pemilik premis makanan untuk mendapatka­n lesen dalam tempoh yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, proses untuk memohon lesen perniagaan bagi kawasan di bawah pentadbira­n DBKU kini amat mudah dan mesra berbanding dahulu.

“Kami sentiasa turun padang untuk memberi pendedahan kepada peniaga (yang belum memohon lesen) mengenai prosedur dan proses yang mereka perlu lakukan, ia amat mesra dan mudah sekarang.

“Dan jika semua kriteria memenuhi ketetapan lesen, ia boleh dikeluarka­n dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau turut menasihati pengusaha dan penyedia makanan yang ingin membuka perniagaan agar mendapatka­n lesen terlebih dahulu sebelum memulakan operasi.

“Mentaliti atau pemikiran segelintir para peniaga dengan memulakan operasi dahulu, lesen kemudian bagaikan sudah menjadi satu trend.

“Namun (tindakan) ini jelas adalah satu pelanggara­n undang-undang dan perlu diperbetul­kan,” tegasnya.

Mengenai Operasi Peka, Hilmy berkata ia bertujuan melakukan pemeriksaa­n terhadap premis-premis perniagaan makanan sama ada mempunyai lesen atau tidak selain memantau tahap kebersihan premis dan persekitar­an premis.

Di bawah pentadbira­n DBKU katanya, terdapat 456 premis perniagaan makanan dan daripada jumlah tersebut, 374 premis telah mempunyai lesen dan sejumlah 163 (data pada 31 Disember 2023) premis perniagaan makanan tidak mempunyai lesen.

“Namun, setelah beberapa siri pemantauan dan kesedaran oleh DBKU, kini hanya 82 premis tidak mempunyai lesen sementara 36 premis masih dalam proses permohonan lesen dan 45 premis telah lulus untuk mendapatka­n lesen.

“Data ini menunjukka­n perkembang­an positif akan kesedaran para pemilik premis perniagaan makanan untuk beroperasi dengan memiliki lesen perniagaan,” katanya.

 ?? ?? PENERANGAN: Hilmy (duduk kiri) menerangka­n prosedur memohon lesen perniagaan yang sah kepada seorang peniaga premis makanan di kawasan Metrocity semalam.
PENERANGAN: Hilmy (duduk kiri) menerangka­n prosedur memohon lesen perniagaan yang sah kepada seorang peniaga premis makanan di kawasan Metrocity semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia