Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan manfaatkan DJM untuk naik taraf kapal

Ambil inisiatif naik taraf kapal penangkapa­n ikan dengan harapan raih hasil lumayan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Nelayan laut dalam di sini mengambil inisiatif menaik taraf kapal penangkapa­n ikan dengan harapan akan membantu meraih hasil lumayan dalam sektor terbabit di perairan laut bahagian ini.

Harry Tan Joo Seng yang sebelum ini memiliki kapal jenis kayu, kini menaik tarafnya kepada binaan besi yang lebih tahan untuk mengharung­i perairan laut semasa kerja-kerja penangkapa­n ikan.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) kerana membantu pembiayaan sebahagian pembinaan kapal ini.

“Saya telah menerima Dana Jaminan Makanan (DJM) untuk menaik taraf kapal ikan untuk laut dalam ini,” kata Harry yang juga pengerusi Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) di sini, semalam.

“Sekarang ini kapal saya telah siap dibina dan akan mula beroperasi bagi kerjakerja penangkapa­n ikan,” tambahnya.

Pada masa sama beliau menyeru golongan muda untuk menceburi bidang perikanan sebagai nelayan moden yang bukan sahaja satu kerja yang memerlukan seseorang itu tahan lasak bahkan menjanjika­n rezeki lumayan sekiranya rajin berusaha untuk mendapatka­n hasil tangkapan.

Hasil sumber laut pula merupakan keperluan penting masyarakat setempat yang memerlukan sumber protein untuk makanan harian.

“Saya berharap golongan muda yang mungkin tidak berpendidi­kan tinggi ataupun berminat untuk menceburi bidang ini, teruskan minat tersebut kerana bidang ini mampu memberikan pendapatan lumayan serta berpotensi besar untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata, nelayan Sarawak juga perlu bersatu hati dan berkongsi ilmu kepada nelayan-nelayan baharu yang menceburi bidang ini untuk maju bersama.

Kapal SF2-86 Zon C milik Harry adalah kapal pukat tunda yang menurut JPLS dibina pada Mei 2022 di Moven Shipyard Sdn Bhd Sibu menggunaka­n khidmat Ships Classifica­tion Malaysia (SCM) sebagai juruservei kapal.

 ?? ?? MEMBANGGAK­AN: Kapal Harry selepas dinaik taraf kini diperbuat daripada besi dengan kos pembinaan RM2.5 juta.
MEMBANGGAK­AN: Kapal Harry selepas dinaik taraf kini diperbuat daripada besi dengan kos pembinaan RM2.5 juta.
 ?? ?? BIASA: Kapal Harry sebelum dinaik taraf.
BIASA: Kapal Harry sebelum dinaik taraf.
 ?? ?? HARRY
HARRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia