Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai isu penjawat awam Sarawak diharap dapat dipertimba­ng untuk kelulusan kerajaan

-

Pemeriksaa­n telah dilaksanak­an pada 2 Oktober tahun lepas di Sibu bersama Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan JPLS Sarawak Pejabat Perikanan Laut (PPL) Sibu, Agrobank Sibu dan pihak SCM dengan mematuhi segala syarat yang ditetapkan mengikut garis panduan Pemodenan Vesel Perikanan.

Kos keseluruha­n pembinaan kapal tersebut adalah RM2.5 juta dengan jumlah pembiayaan RM1.9 juta dan selebihnya ditanggung pemilik kapal tersebut.

KUCHING: Pelbagai isu penjawat awam Sarawak yang dibawa dalam sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) berkaitan Kajian Sistem Saraan Perkhidmat­an Awam (SPPA) diharap dapat dipertimba­ngkan untuk kelulusan kerajaan.

Naib Presiden CUEPACS Gred Sarawak Zulkiflee Sebli berkata, beliau bersyukur kerana pembentang­an isu- isu penjawat awam Sarawak kepada JPA di Putrajaya kelmarin berjalan lancar dan mendapat respons positif.

“Semalam (Selasa) kita (CUEPACS Gred Sarawak) ke JPA untuk menjelaska­n beberapa isu dihadapi di Sarawak selain mengemukak­an beberapa cadangan bagi menambah baik apa yang penjawat awam dapat ketika ini.

“Dan pada pertemuan itu, kita bersyukur kerana dapat bersemuka terus dengan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (KPPA) Dato Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta memberi respons positif terhadap isu yang dibangkitk­an,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zulkiflee memberitah­u, pihaknya menyuaraka­n pelbagai isu skim perkhidmat­an penjawat awam persekutua­n dan penjawat awam negeri.

Perkara itu, katanya termasuk mengenai kebajikan penjawat awam untuk keduadua sektor terbabit.

“Justeru, kita harap isuisu yang dikemukaka­n itu dapat dimasukkan dalam kajian nanti dan direalisas­ikan dalam SSPA,” ujarnya.

Terdahulu, Zulkiflee yang juga presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mengetuai rombongan CUEPACS Gred Sarawak ke JPA dalam sesi libat urus berkaitan SSPA Putrajaya pada Selasa.

Rombongan itu telah membentang isu-isu tentang penjawat awam di Sarawak dan antaranya mengenai isu kuarters usang di Sarawak, kekurangan guru yang disebabkan kegagalan melapor diri di stesen bertugas dan memberi kuota khas kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Turut dibentangk­an ialah mengenai isu penyelia asrama yang layak dilantik menjadi guru terlatih, elaun khas upah menjahit baju bagi Skim U dan pemberian elaun tambang pengangkut­an udara bagi penjawat awam anak Sarawak yang bertugas jauh dari daerah asal.

Selain CUEPACS Gred Sarawak, rombongan Gred Sabah, Gred Sistem Maklumat dan Gred Kewangan juga terlibat dalam sesi libat urus itu.

Hadir sama Setiausaha Agung CUEPACS Abdul Rahman Nordin serta timbalan-timbalan Setiausaha Agung CUEPACS iaitu Mohd Reostam Dzahar dan Mohd Zool Asmani Mahmood.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) kerana membantu pembiayaan sebahagian pembinaan kapal ” ini. Harry Tan Joo Seng Nelayan

 ?? ?? KUNJUNGAN: Zulkiflee (duduk, tiga kanan) bersama rombongan pegawai CUEPACS Gred Sarawak merakam kenangan dengan Wan Ahmad Dahlan (duduk, tengah) di Putrajaya kelmarin.
KUNJUNGAN: Zulkiflee (duduk, tiga kanan) bersama rombongan pegawai CUEPACS Gred Sarawak merakam kenangan dengan Wan Ahmad Dahlan (duduk, tengah) di Putrajaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia