Utusan Borneo (Sarawak)

51 orang memperoleh kelayakan diiktiraf di peringkat antarabang­sa di Sarawak Skills

-

KUCHING: Seramai 51 orang telah memperoleh kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa di Sarawak Skills melalui Program Pemacuan Bakat - Didorong Industri (IDTAP).

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri berkata, seramai 26 orang telah menamatkan Program Pakar Kraf dalam Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik manakala 25 peserta telah menamatkan Program Pakar Kraf dalam Teknologi Pengawal Logik Boleh Atur Cara (PLC).

“Para peserta dalam program adalah daripada kakitangan organisasi seperti Asteel Sdn Bhd, Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (AWISAR).

“Turut serta adalah daripada Biomedix Solutions Sdn Bhd, Longi Malaysia Sdn Bhd, One Medicare Sdn Bhd, Shorefield Sdn Bhd dan Tama Abu Engineerin­g Sdn Bhd,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil dan Penghargaa­n di Auditorium Sarawak Skills di sini, kelmarin.

Menurut Hallman, Program Pakar Kraf dibiayai sepenuhnya Perbadanan

Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK).

“Sijil yang diterima oleh para peserta termasuk sijil yang diiktiraf antarabang­sa daripada Handwerksk­ammer (HWK) Aachen Jerman dan sijil modular daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK).

“Justeru, saya ingin menyampaik­an penghargaa­n kepada syarikat-syarikat yang menyokong atas sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada pembanguna­n modal insan, terutama dalam bidang meningkatk­an kualiti tenaga kerja mahir di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Persekutua­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Malaysia

(FMSDC) turut memberitah­u bahawa program latihan juga bergerak seiring perkembang­an industri.

“Program yang konsisten dengan dunia perniagaan dan teknologi, akan lebih relevan kepada kumpulan pelatih yang lebih luas.

“Kita mesti mencipta produk baharu dan mencari potensi baharu untuk menambah nilai kepada produk dan perkhidmat­an semasa dan menyokong aspirasi pembanguna­n modal insan kerajaan,” katanya.

Untuk memudahkan usaha berterusan, tambahnya. Sarawak Skills akan membangunk­an tenaga kerja tangkas.

“Kita juga telah menyediaka­n pelbagai inisiatif untuk memastikan pelajar dan pelatih dilengkapi dengan atribut dan kemahiran abad ke-20 yang dianggap sangat penting.

“Contohnya, untuk memudahkan peralihan pelajar dan pelatih dari kelas ke dunia pekerjaan, kita telah memulakan program pembinaan sahsiah, pemikiran kritis, kreativiti, komunikasi, penyelesai­an masalah dan pembuatan keputusan serta kecekapan berbahasa Inggeris,” katanya.

Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (APA) adalah kaedah untuk memberi pengiktira­fan kepada mana-mana individu yang boleh menunjukka­n kemahiran yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) berdasarka­n pengalaman dan pencapaian terdahulu.

Pengambila­n untuk program berasaskan peperiksaa­n ini sedang dijalankan untuk menggalakk­an pekerja industri mendapat pengiktira­fan formal tentang pengalaman profesiona­l mereka.

Maklumat lanjut mengenai pelbagai program latihan korporat boleh didapati dari laman web Sarawak Skills (sarawakski­lls.edu.my) atau hubungi Sarawak Skills di talian 082-539222.

 ?? ?? TAHNIAH: Hallman (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima.
TAHNIAH: Hallman (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia