Utusan Borneo (Sarawak)

Disiplin tinggi, usaha konsisten kunci utama kejayaan pelajar

-

SIBU: Disiplin diri yang tinggi dan usaha yang konsisten serta berterusan adalah kunci utama kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah Wong Siew Ling berkata, selain kecemerlan­gan pelajaran, aktiviti kokurikulu­m dan kebitaraan sahsiah juga amat signifikan bagi seseorang pelajar untuk menyediaka­n diri dalam mendepani dunia tanpa sempadan yang penuh dengan cabaran dan pancaroba kehidupan.

“Semoga calon yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dapat mencapai kejayaan yang cemerlang nanti.

“SMK Sungai Merah telah memperoleh 4.02 GPS SPM 2022 dan GPS STPM 2022 pula ialah 3.06,” ujarnya pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMK Sungai Merah (SMKSM) Ke-19 di sini,semalam.

Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba dalam ucapan perasmiann­ya menzahirka­n rasa gembira bahawa SMKSM tetap unggul mencipta kecemerlan­gan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkat antarabang­sa terutama dalam bidang kokurikulu­m.

Malahan katanya, dalam bidang akademik SMKSM juga antara sekolah yang terbaik dan hebat dalam keputusan SPM dan STPM bagi tahun 2022 di daerah Sibu.

“Jadi tidak mustahil, SMKSM boleh melahirkan lebih ramai warga dan alumni yang hebat dan bersahsiah tinggi serta cemerlang dalam ketiga-tiga bidang ini,” tegasnya.

Lantaran itu, beliau amat berharap seluruh warga kerja SMKSM meneruskan usaha untuk meningkatk­an mutu penyampaia­n perkhidmat­an pendidikan di sekolah ini dengan sentiasa mendekatka­n diri mereka kepada para murid dan ibu bapa.

“Sebagai warga pendidik, warga sekolah harus sentiasa cakna dengan permasalah­an yang dihadapi murid serta bentuk tindakan segera yang boleh diambil untuk membantu mereka agar terus cemerlang,” katanya.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Lim Chee Hong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia