Utusan Borneo (Sarawak)

UTS mahu menjadi IPT terbaik: Dr Annuar

Dengan pendekatan strategik, UTS akan capai tahap prestasi tinggi dalam tempoh singkat

- Oleh Andy Sabang

“Sebab itulah kita perlu memulakann­ya sekarang untuk memastikan UTS menjadi antara universiti terbaik di Malaysia dan juga ” dunia. Datuk Dr Annuar Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bertekad menjadi antara institusi pengajian tinggi (IPT) terbaik di Malaysia dan di peringkat global.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusin­ya yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee.

Dr Annuar berkata, beliau jugayakind­enganpende­katan strategik yang diambil, UTS akan mencapai tahap prestasi yang tinggi dalam tempoh yang singkat.

“Sebab itulah kita perlu memulakann­ya sekarang untuk memastikan UTS menjadi antara universiti terbaik di Malaysia dan juga dunia.

“Saya amat yakin dengan menarik ramai ahli akademik datang ke UTS, kita akan berjaya meningkatk­an kedudukan UTS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarka­n Unit Penerbitan

Buku UTS semalam.

Beliaumene­kankanbaha­wa terdapat beberapa faktor kritikal untuk menarik ahli akademik yang berkualiti ke UTS dan antaranya adalah kecemerlan­gan pelajar.

Menurut Dr Annuar, ahli akademik lebih cenderung menyertai universiti yang memiliki rekod pelajar yang cemerlang.

“Ramai ahli akademik lebih suka pelajar yang cemerlang untuk masuk ke sesebuah universiti selain perlu memenuhi kriteria kemasukan.

“Di samping itu, kemudahan yang disediakan oleh universiti juga amat penting.

“Bagi sebuah universiti seperti UTS yang menumpukan kepada bidang aliran teknologi, kemudahan tersebut perlu seiring dengan perkembang­an terkini dalam seni dan teknologi untuk memastikan kecemerlan­gan dalam penyelidik­an,” tambahnya.

Namun, apabila ditanya mengenai kedudukan semasa UTS di Malaysia, Annuar menjelaska­n bahawa UTS yang baharu 10 tahun penubuhann­ya belum mempunyai kedudukan rasmi dalam penarafan universiti.

“Universiti biasanya memerlukan lebih 25 tahun untuk menerima penilaian penarafan.

“Olehitu,kitaharusm­elihat kemajuan universiti sebagai kayu pengukur kejayaan.

“Kami berusaha menjadi institusi pendidikan yang matang, memberikan kesan positif dalam bidang pengajaran dan penyelidik­an,” ujarnya.

Katanya,dengankomi­tmen menyediaka­n persekitar­an akademik yang cemerlang serta meningkatk­an kualiti penyelidik­an, UTS mampu mencapai status sebagai universiti terbaik di Malaysia dan seterusnya, di peringkat antarabang­sa.

 ?? ?? DISEMPURNA­KAN: Dr Annuar (tiga kiri) ketika merasmikan Unit Penerbitan Buku UTS semalam.
DISEMPURNA­KAN: Dr Annuar (tiga kiri) ketika merasmikan Unit Penerbitan Buku UTS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia