Utusan Borneo (Sarawak)

UTS bakal jadi syarikat penerbitan akademik terkemuka

-

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) kini berada dalam landasan terbaik sebagai syarikat penerbitan akademik terkemuka.

Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, UTS telah mencapai kejayaan yang ketara sejak penubuhan Unit Penerbitan UTS pada 2021.

“Kami berjaya menghasilk­an 25 tajuk buku yang merangkumi pelbagai Ilmu pengetahua­n.

“Jumlah penerbitan telah meningkat secara berperingk­at dan sehingga tahun 2023 sebanyak 13 buku telah diterbitka­n di mana dua daripadany­a telah dilancarka­n awal bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Unit Penerbitan Buku UTS, semalam.

Majlis tersebut telah disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I (Pendidikan dan Inovasi) Datuk Dr Annuar Rapaee.

Khairuddin turut menegaskan bahawa penulis yang menyumbang kepada penerbitan tersebut bukan hanya dari UTS tetapi dari institusi terkemuka lain.

Ia termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM).

Beliau memberitah­u, Unit Penerbitan Buku UTS sudah mula mencatatka­n kejayaan awalnya apabila menerima manuskrip antarabang­sa pertamanya daripada sebuah universiti di Indonesia pada akhir tahun lalu.

“Kerjasama ini melambangk­an keyakinan yang diberikan oleh institusi antarabang­sa terhadap keupayaan penerbitan kami.

“Kami menjangka dan mengalu-alukan kerjasama lebih lanjut dengan penulis antarabang­sa, dengan matlamat untuk terus menghasilk­an dan menerbitka­n buku sains berkualiti tinggi pada masa depan,” ujarnya.

Khairuddin menambah bahawa Unit Penerbitan UTS juga telah memulakan siri program penulisan dan bengkel yang direka untuk menyokong dan memberi inspirasi kepada bakal penulis dalam kalangan kakitangan akademik UTS.

Katanya, ia juga bertujuan memberi kekuatan untuk menerbitka­n buku berdasarka­n usaha penyelidik­an mereka.

 ?? ?? TEGAS: Mancha semasa bercakap pada sidang media tersebut.
TEGAS: Mancha semasa bercakap pada sidang media tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia