Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tidak berkomprom­i dengan pihak miliki senjata buatan sendiri atau tidak berlesen

-

KUCHING: Polis di negeri ini tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang memiliki senjata api buatan sendiri (bakakok) atau yang tidak berlesen.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata menasihati mereka yang memiliki senjata api tersebut untuk menyerahka­nnya kepada pihak polis dalam kadar segera sebelum tindakan selanjutny­a diambil.

“Perbuatan memiliki senjata api buatan sendiri serta tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Senjata 1960 dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000.

“Justeru orang ramai dinasihatk­an supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan berkaitan pemilikan dan penggunaan senjata api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam.

Tambahnya, pada tahun 2022 sebanyak 32 laras senjata api buatan sendiri (bakakok) dan 21 laras rampasan senjata api tanpa lesen direkodkan.

“Manakala pada tahun 2023, sebanyak 21 laras senjata api buatan sendiri (bakakok) dan 11 laras senjata api tanpa lesen dirampas.

“Operasi ini berterusan kerana polis memandang serius isu pemilikan senjata api buatan sendiri dan tanpa lesen,” katanya.

Menurut Mancha, kes terbaru melibatkan pemilikan senjata api buatan sendiri adalah pada 16 Januari lalu di daerah Julau.

“Dalam kes tersebut, seorang lelaki cedera di paha kiri akibat terkena letupan senjata api buatan sendiri.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sarikei dan keadaannya stabil,” katanya.

Bagaimanap­un, siasatan kes masih dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dr Annuar (lapan kiri) dan Khairuddin (lapan kanan) merakam gambar kenangan bersama kumpulan penulis pada Ppelancara­n Unit Penerbitan Buku UTS, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Annuar (lapan kiri) dan Khairuddin (lapan kanan) merakam gambar kenangan bersama kumpulan penulis pada Ppelancara­n Unit Penerbitan Buku UTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia