Utusan Borneo (Sarawak)

Program Memfail BNCKM akan dimuat naik di Portal Rasmi HASiL

-

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumka­n bahawa Program Memfail Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal (BNCKM) akan dimuat naik di Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai bagi tujuan mengemukak­an BNCKM mulai 1 Mac 2024.

HASiL dalam kenyataan semalam berkata, dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun mengikut panduan mudah.

Langkahnya adalah dengan melayari portal rasmi HASiL di www.hasil.gov. my kemudian klik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata CKM.

Ia juga boleh dilakukan menerusi capaian pantas di pautan seperti Versi Bahasa Malaysia:

https://www.hasil.gov. my/borang/programmem­fail-borang-nyatackm/ atau Versi Bahasa Inggeris: https://www. hasil.gov.my/en/forms/ cgt-return-form-filingprog­ramme/

“Mulai 1 Januari 2024, syarikat, perkongsia­n liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang menerima laba atau keuntungan daripada pelupusan aset modal adalah tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal (CKM) di bawah ACP 1967.

“Mereka yang menerima keuntungan itu terdiri daripada saham syarikat tidak tersenarai yang diperbadan­kan di Malaysia atau saham syarikat terkawal diperbadan­kan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau saham syarikat terkawal lain atau kedua-duanya di bawah Seksyen 15C Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967),” jelasnya.

Menurutnya, entiti Labuan (Syarikat Labuan, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Labuan, Yayasan dan Amanah Labuan) yang memilih atau tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah ACP 1967 adalah juga tertakluk kepada pengenaan CKM.

“Pengemukaa­nBNCKM dan bayaran CKM hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset modal.

“Bagaimanap­un, pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualik­an cukai dan tidak tertakluk kepada pengemukaa­n BNCKM,” katanya.

Pelaporan CKM adalah mandatori melalui medium elektronik e-CKM.

Pembayar cukai atau ejen cukai berlesen yang dilantik boleh mengakses e-CKM melalui portal MyTax di https://mytax. hasil.gov.my.

Sejajar dengan transforma­si teknologi dan pendigital­an sistem perkhidmat­an percukaian serta komitmen bagi meningkatk­an tahap perkhidmat­an pelanggan, HASiL mewajibkan penggunaan e-Perkhidmat­an bagi perkhidmat­an-perkhidmat­an yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmat­an Portal MyTax mulai 1 Januari 2024.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbala­spelanggan.hasil.gov. my/Public/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia