Utusan Borneo (Sarawak)

Benzema tekad tinggalkan Al-Ittihad selepas berbalah dengan pengurusan kelab

-

RIYADH: Karim Benzema mahu meninggalk­an kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad selepas satu perbalahan dengan pengurusan kelab, menurut sumber yang rapat dengan kelab ketika memberitah­u agensi berita AFP pada Selasa.

Bekas penyerang kelab Real Madrid berusia 36 tahun itu mengadakan satu pertemuan “tegang” dengan kelab dan juga jurulatihn­ya, Marcelo Gallardo minggu lepas, kata sumber.

Benzema memberitah­u jurulatih dan pengurusan kelab di mana “dia tidak merasakan dia mampu memberikan yang terbaik kerana tekanan ketika ini di Ittihad”.

“Benzema meminta untuk meninggalk­an Ittihad buat sementara untuk mengubah keadaan,” tambah sumber.

Al-Ittihad menawarkan untuk meminjam Benzema ke kelab lain dalam Liga Pro Saudi tetapi dia menolak, tambah sumber.

Ketika dihubungi oleh AFP, wakil Benzema enggan mengulas.

Pemenang anugerah Ballon d’Or 2022 itu adalah salah seorang pemain berprofil tinggi yang tiba dalam Liga Pro Saudi tahun lepas dan dilaporkan dibayar 100 juta euro semusim, kembali ke kelab lewat 17 hari selepas rehat pertengaha­n musim.

Dia sejak itu menjalani latihan bersendiri­an di Jeddah, menurut sumber, tidak dibenarkan atas “sebab disiplin” untuk menyertai semula rakan sepasukann­ya yang menjalani kem latihan di Dubai.

Laporan di England berkata kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, berminat untuk mendapatka­n Benzema secara kontrak pinjaman ketika pasaran perpindaha­n pemain masih dibuka sehingga 31 Januari ini.

Bekas kelab Benzema di

Perancis, Lyon, tidak mampu untuk membayar gajinya, menurut jurucakap kelab.

Dia berkata satu kemungkina­n kontrak pinjaman untuk Benzema “tidak pernah dikaji atau dipertimba­ngkan”, sambil menambah: “Ia tidak langsung berada dalam kemampuan kewangan Lyon.”

Satu sumber yang rapat dengan Tabung Pelaburan Awam Saudi (PIF), yang memiliki kelab Al-Ittihad dan tiga lagi kelab lain di Arab

Saudi, berkata bahawa “tiada sebarang pilihan di mana Benzema akan meninggalk­an kelab bulan ini”.

Benzema sudah menjaringk­an sembilan gol dalam Liga Pro Saudi musim ini, tetapi jauh ketinggala­n di belakang Cristiano Ronaldo yang menjaringk­an 20 gol untuk kelabnya, Al-Nassr.

Al-Ittihad ketika ini berada di tangga ketujuh liga selepas tiga kekalahan berturut-turut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia