Utusan Borneo (Sarawak)

Algeria terlepas bawa pulang gelaran juara untuk yang ke-3

Bekas juara bagi tahun 1990 dan 2019 itu tewas 0-1 kepada Mauritania sekaligus tersingkir dari kejohanan AFCON

-

BOUAKE: Bekas juara, Algeria, tersingkir dari kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) pada Selasa selepas tewas 0-1 kepada Mauritania, pasukan yang berada 75 anak tangga ranking dunia di bawah mereka.

Kapten Mauritania, Mohamed Dellah Yaly menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-37 untuk pasukan bukan pilihan dalam Kumpulan D itu, yang akan mengisi salah satu dari empat slot untuk pasukan ketiga terbaik yang melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

Angola menewaskan Burkina Faso 2-0 dalam perlawanan dari kumpulan yang sama untuk menamatkan saingan selaku juara kumpulan dengan tujuh mata. Burkina Faso mengumpul empat mata dan Mauritania tiga mata.

Algeria, juara 1990 dan 2019, datang ke Ivory Coast sebagai salah satu pasukan pilihan juara namun pulang dari kejohanan itu tanpa sebarang kemenangan kali ini.

Selepas seri dengan Angola dan Burkina Faso, mereka dikejutkan oleh Mauritania, yang belum pernah memenangi sebarang perlawanan AFCON dalam lapan perlawanan dari tiga edisi kejohanan.

Mauritania juga sentiasa bermain secara bertahan, terutama sekali di akhir permainan tetapi mempamerka­n pertahanan kental untuk mencipta kemenangan bersejarah. Bekas pemain sayap kelab Manchester City, Riyad Mahrez, tiba di Ivory Coast sebagai bintang utama Algeria tetapi prestasi hambar dalam dua perlawanan pertama menyaksika­nnya bermula di bangku simpanan untuk perlawanan pada Selasa.

“Ia satu hakikat di mana semua ini bukan perlawanan terbaiknya bersama Algeria, tetapi jangan terus menghukumn­ya,” rayu jurulatih Algeria, Djamel Belmadi sebelum perlawanan menentang Mauritania.

Ketiadaan Mahrez tidak memberi kesan kepada Algeria dalam hampir sepanjang separuh masa pertama ketika mengasak pintu gol Mauritania untuk mencari gol pembukaan.

Houssem Aouar melihat cubaannya tersasar pada pertengaha­n separuh masa pertama sebelum Mauritania mencipta kejutan pada minit ke-37 apabila membuka jaringan menerusi rembatan kapten pasukannya, Dellah Yaly.

Ia bukan jaringan yang cantik tetapi ia tetap satu gol yang menyebabka­n kegembiraa­n luar biasa di kalangan pemain dan juga penyokong selepas sebuah pasukan bukan pilihan mendahului kedudukan buat kali pertama dalam satu perlawanan AFCON.

Algeria cuba bangkit dengan memberikan tekanan sekali lagi ke atas pertahanan Mauritania dan satu cubaan Hicham Boudaoui juga tidak menepati sasaran dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Belmadi memasukkan Mahrez pada masa rehat untuk menggantik­an Aouar dalam usaha untuk menembusi benteng kebal Mauritania.

Selepas beberapa lagi peluang gagal disempurna­kan dengan baik dengan pemain Mauritania berkampung di hadapan pintu gol mereka untuk mencipta satu sejarah baharu buat negara mereka di AFCON. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Pemain Mauritania meraikan gol jaringan yang dijaringka­n oleh Dellah Yaly ketika menentang Algeria dalam Kejohanan AFCON Kumpulan D di Stade de la Paix di Bouake.
— Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Pemain Mauritania meraikan gol jaringan yang dijaringka­n oleh Dellah Yaly ketika menentang Algeria dalam Kejohanan AFCON Kumpulan D di Stade de la Paix di Bouake.
 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Staff pasukan Mauritania menimang jurulatih Amir Abdou meraikan kemenangan 1-0 ke atas Algeria.
— Gambar AFP GEMBIRA: Staff pasukan Mauritania menimang jurulatih Amir Abdou meraikan kemenangan 1-0 ke atas Algeria.
 ?? ?? BENZEMA
BENZEMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia