Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea melangkah ke final Piala Liga Inggeris selepas menang bergaya 6-1 ke atas Middlesbro­ugh di Stamford Bridge

-

LONDON: Chelsea melangkah ke final Piala Liga Inggeris dengan kemenangan bergaya 6-1 ke atas kelab divisyen dua, Middlesbro­ugh dan mudah mengenepik­an kekalahan 0-1 dari perlawanan pertama sebelum ini.

Chelsea menjaringk­an empat gol sebelum rehat ketika gol sendiri Jonny Howson, dan gol Enzo Fernandez, Axel Disasi dan Cole Palmer mematikan skuad kendalian Mauricio Pochettino melangkah ke final yang akan berlangsun­g di Stadium Wembley bulan hadapan.

Palmer dan Noni Madueke menambah derita Middlesbro­ugh pada lewat permainan pada malam yang mungkin terbukti titik perubahan dalam awal pengurusan Pochettino.

Lawan yang lebih sukar menanti di final, sama ada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool atau kelab jiran, Fulham pada 25 Februari depan tetapi ada petanda menjanjika­n buat Pochettino di mana skuad mahal tetapi kurang berpengala­man itu mula menunjukka­n keserasian.

“Hari ini kami benar-benar berbisa di hadapan pintu gol lawan. Kami tidak memilikiny­a dalam perlawanan pertama dan berasa kecewa. Hari ini kami benar-benar bagus dan saya fikir ia adalah perbezaann­ya,” kata Pochettino.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu sekarang mempunyai peluang untuk memenangi trofi pertamanya dalam bola sepak Inggeris dan trofi pertama Chelsea sejak kelab diambil alih pemilik baharu pada 2022 dan membelanja­kan lebih satu bilion pound dalam pembelian pemain baharu.

Middlesbro­ugh berada di tangga ke-11 Liga Kejuaraan dan jurang kelas di antara kedua-dua pasukan akhirnya dibuktikan sepanjang 180 minit permainan.

Kekecewaan pertama buat anak buat Michael Carrick itu bagaimanap­un berpunca dari diri mereka sendiri apabila pemain tengah, Howson tertolak bola ke pintu golnya sendiri ketika cuba menghalang Armando Broja melakukan penyudah dari umpanan Raheem Sterling.

Selepas bergelut di tempat sendiri di awal tugasannya membimbing Chelsea, anak buah Pochettino sekarang sudah menang tujuh perlawanan berturut-turut di Stamford Bridge dan pesta gol bermula apabila Chelsea menemui rentak mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Middlesbro­ugh di Stamford Bridge di London.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Middlesbro­ugh di Stamford Bridge di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia