Utusan Borneo (Sarawak)

Hari ini kami benar-benar berbisa di hadapan pintu gol lawan. Kami tidak memilikiny­a dalam perlawanan pertama dan berasa kecewa. Hari ini kami benarbenar bagus dan saya fikir ia adalah perbezaann­ya.

-

Disasi hanya diturunkan di posisi pertahanan kanan sebagai menggantik­an Recce James dan Malo Gusto yang mengalami kecederaan tetapi pemain antarabang­sa Perancis itu memainkan peranan penting memberikan kelebihan kepada Chelsea.

Pertama sekali, dia melakukan satu umpanan tepat kepada Sterling yang kemudian melorong kepada Fernandez untuk meletakkan Chelsea di hadapan secara agregat.

Disasi kemudian menyempurn­akan satu lagi umpanan Sterling untuk gol peribadi keduanya bersama kelab.

Jika gol kedua dan ketiga adalah kerana Chelsea menemui rentak, gol keempat adalah hadiah dari Boro apabila Daniel Barlaser hilang bola dalam kotak penaltinya sendiri dan Palmer dengan tenang menjaringk­an gol peribadi yang ke-10 dari 23 perlawanan sejak tiga dari Manchester City.

Mauricio Pochettino Pengurus Chelsea

Dari banyak pelaburan besar dibuat oleh pemilik baharu Chelsea sepanjang 18 bulan terakhir, pelaburan bernilai 40 juta pound untuk membawa Palmer ke kelab dilihat sebagai pelaburan terbaik kelab.

Palmer menjaringk­an gol kedua peribadi pada perlawanan itu dari umpanan Conor Gallager untuk menjadikan kedudukan 5-0 ketika berbaki 13 minit permainan.

“Dia seorang pemain dengan bakat yang luar biasa,” kata Pochettino ketika bercakap tentang Palmer. “Dia adalah seorang pemain yang memahami permainan. Dia mempunyai kualiti dan bakat untuk melihat situasi, membaca permainan dalam semua aspek dan sangat serba boleh.”

Pemain gantian, Madueke, melengkapk­an jaringan pada lewat permainan sebelum Boro menjaringk­an gol sagu hati lewat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia