Utusan Borneo (Sarawak)

Palestin cipta sejarah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Piala Asia

-

DOHA: Palestin melangkah ke pusingan kedua kejohanan Piala Asia buat kali pertama dalam sejarah mereka pada Selasa apabila meraih kemenangan sulung dalam pertanding­an ini namun nasib China sudah disahkan tersingkir di pusingan pertama.

Syria juga mencipta sejarah melangkah ke pusingan kedua kejohanan, dengan Uzbekistan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga turut mencuri perhatian.

Palestin gagal menduduki tangga kedua Kumpulan C namun berjaya layak sebagai salah satu dari empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas menewaskan Hong Kong 3-0.

Kemenangan di Doha hadir berlatarka­n perang IsraelHama­s di wilayah jajahan Palestin, Gaza.

Pemain dan kakitangan Palestin sudah kehilangan orang yang mereka sayang dalam konflik itu dan berkata sebelum kejohanan bahawa mereka berharap untuk memberikan sedikit keceriaan kepada mereka yang menderita di tanahair mereka.

Oday Dabbagh menjaringk­an dua gol dalam kedua-dua babak dan satu lagi gol dijaringka­n Zeid Qunbar sebelum Palestin menerima ancaman lewat apabila Hong Kong gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti.

“Terima kasih pada penyokong yang datang memberikan sokongan kepada Palestin,” kata kapten Palestin, Musab Al-Battat selepas perlawanan. “Terima kasih ikhlas dari kami.”

UAE layak selaku naib juara walaupun tewas 1-2 kepada juara kumpulan, Iran.

Syria juga layak ke pusingan kedua buat kali pertama selepas menewaskan India 10 dalam aksi Kumpulan B.

Omar Khribin menjadi wira Syria dengan gol minit ke-76 yang turut mengesahka­n penyingkir­an China dari kejohanan.

China berharap untuk layak dengan kedudukan di tangga ketiga dan dua mata dalam Kumpulan A.

Mereka gagal menjaringk­an sebarang gol dari tiga perlawanan di pusingan pertama.

Australia memenangi Kumpulan B selepas seri 1-1 dengan Uzbekistan, dengan Syria layak selaku antara pasukan ketiga terbaik kejohanan.

India menghuni tangga terbawah dan pulang tanpa sebarang kemenangan atau gol.

“Kami berasa sangat gembira dengan kelayakan, sangat bangga dengan pemain saya, mereka melakukan pengorbana­n besar untuk mencapai keputusan ini,” kata jurulatih Syria, Hector Cuper.

Walaupun tersingkir awal dalam kumpulan yang sukar, jurulatih India, Igor Stimac berkata India akan membawa pulang “pengajaran yang baik”.

“Ia adalah pengalaman baik untuk pemain,” katanya selepas melihat pasukannya tewas 0-2 kepada Australia dan 0-3 kepada Uzbekistan.

“Saya berasa berpuas hati kerana kami masih mampu mencipta peluang ketika menentang Australia, Uzbekistan dan Syria.”

Dalam perlawanan lain di antara Uzbekistan dan Australia, yang sudah mengesahka­n kelayakan sebelum sepak mula perlawanan, membuka jaringan menerusi penalti kontrovers­i Martin Boyle pada minit akhir sebelum rehat.

Semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan Uzbekistan, Odiljon Hamrobekov ketika dia cuba membentes penyerang Australia, Kusini Yengi.

“Jika ini satu penalti, saya tidak faham peraturan. Tiada sebarang perbuatan sengaja,” kata jurulatih Uzbekistan, Srecko Katanec.

Uzbekistan, yang dianggap pasukan bukan pilihan untuk muncul juara, mengikat kedudukan 12 minit sebelum tamat permainan apabila pemain gantian, Azizbek Turgunboev menanduk masuk satu hantaran lintang. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? GOL BERMAKNA: Oday Dabbagh meraikan jaringan gol pada perlawanan di antara Hong Kong menentang Palestin bagi peringkat Kumpulan C sempena Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, semalam.
— Gambar Bernama GOL BERMAKNA: Oday Dabbagh meraikan jaringan gol pada perlawanan di antara Hong Kong menentang Palestin bagi peringkat Kumpulan C sempena Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia