Utusan Borneo (Sarawak)

Cameroon mengesahka­n tiket ke pusingan kedua AFCON

-

BOUAKE: Cameroon menjaringk­an dua gol pada lewat permainan untuk meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Gambia, sekali gus mengesahka­n tiket ke pusingan kedua kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) pada Selasa, dan dalam masa yang sama menyingkir­kan Ghana dari kejohanan.

Dalam satu penyudah luar biasa di Bouake, Ebrima Colley menjaringk­an gol pada minit ke-85 untuk meletakkan Gambia 2-1 di hadapan tetapi Joseph Gomez tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk membantu Cameroon mengikat kedudukan sebelum Christophe­r Wooh menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan.

Juara bertahan, Senegal, menewaskan Guinea 2-0 dalam aksi lain Kumpulan C untuk menamatkan saingan selaku juara kumpulan dengan sembilan mata maksima, dengan Cameroon mengatasi Guinea ke tangga kedua kumpulan dengan perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan terikat empat mata.

Guinea juga layak ke pusingan kedua sebagai salah satu dari empat pasukan tempat ketiga terbaik, sementara Gambia pulang dengan tanpa sebarang mata.

Kemenangan buat Cameroon, juara lima kali kejohanan, bermakna Ghana tersingkir dari kejohanan selepas menamatkan saingan Kumpulan B dengan hanya dua mata pada Isnin.

Tuan rumah, Ivory Coast, yang dimalukan 04 oleh Equatorial Guinea pada Isnin, akan terselamat dari penyingkir­an jika Zambia dan Tanzania tewas perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan F pada Rabu.

Karl Toko Ekambi dikembalik­an dalam kesebelasa­n utama oleh jurulatih Cameroon, Rigobert Song selepas beraksi ketika seri dengan Guinea dan merupakan pemain simpanan yang tidak diturunkan ketika tewas kepada Senegal.

Walaupun Cameroon berada 80 anak tangga ranking dunia di hadapan Gambia, mereka diasak teruk dalam separuh masa pertama dan bernasib baik kembali untuk masa rehat dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Penjaga gol Cameroon, Fabrice Ondoa, yang diturunkan semula menggantik­an Andre

Onana, menepis satu cubaan jarak dekat Ali Sowe.

Dia sekali lagi menyelamat Cameroon pada minit ke-35 apabila menepis tandukan Yankuba Minteh dari satu tendangan sudut.

Walaupun separuh masa pertama tidak menghasilk­an gol, ada banyak tarikan kepada 24,000 penonton dengan rentak permainan pantas walaupun suhu mencecah 34 darjah Selsius.

Cameroon berjaya membuka jaringan pada minit ke-56 menerusi cubaan Toko Ekambi, yang melepasi dua pemain pertahanan Gambia sebelum menanduk satu umpanan Nkoudou untuk menewaskan penjaga gol Baboucarr Gaye.

Gambia bagaimanap­un enggan berasa panik dan berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-72.

Gambia membayangk­an satu kemenangan apabila Colley meletakkan Gambia di hadapan pada minit ke-85.

Namun gol sendiri Gomez mengecewak­an Gambia untuk memberikan gol penyamaan Cameroon sebelum Wooh menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? UNGGUL: Pemain Cameroon, Christophe­r Wooh meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan AFCON Kumpulan C menentang Gambia di Stade de la Paix.
— Gambar AFP UNGGUL: Pemain Cameroon, Christophe­r Wooh meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan AFCON Kumpulan C menentang Gambia di Stade de la Paix.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia