Utusan Borneo (Sarawak)

Pindahkan pusat kaji bahasa Iban

Pusat di UPSI dicadang dipindah ke Sarawak, langkah atasi kekurangan pensyarah: Uggah

- Oleh Agnes Tugong

Sarawak mencadangk­an Pusat Pengajian Bahasa Iban di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dipindahka­n ke negeri ini bagi mengatasi isu kekurangan pensyarah bahasa Iban yang kritikal di universiti tersebut.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ramai guru bahasa Iban yang layak sebagai pensyarah enggan berkhidmat di sana disebabkan lokasinya yang jauh.

“Saya akan berbincang sama ada universiti tempatan terutama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk kita menawarkan kursus itu (bahasa Iban) di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n Kamus Terjemahan English-Iban di Auditorium Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah IPJ Kampus Batu Lintang Dr Abang Ismail Abang Julhi, Pengarah IPJ Kampus Rajang Yahya Sidek, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom.

Uggah turut meminta agar lebih ramai guru dilatih bagi menampung keperluan guru-guru bahasa Iban di sekolah menengah dan rendah di negeri ini.

“Berdasarka­n data Bahasa Iban Sesi Akademik 2022/2023, jumlah guru bahasa Iban bagi sekolah rendah ialah seramai 2,836 orang, namun hanya 385 orang guru yang opsyen bahasa Iban.

“Manakala bagi sekolah menengah, seramai 282 guru bahasa Iban dan daripada jumlah itu hanya 63 orang mempunyai opsyen bahasa Iban,” jelasnya.

Sementara itu, bagi melincinka­n lagi pengurusan berkaitan bahasa Iban, beliau turut memohon bilangan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ditambah.

“Setakat ini hanya terdapat seorang pegawai yang menguruska­n bahasa Iban di jabatan tersebut dan kita mohon bilangan ini ditambah bagi melicinkan lagi pengurusan berkaitan bahasa Iban,” katanya.

Mengulas mengenai kamus tersebut, Uggah mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penghasila­n

kamus tersebut diketuai Dr Lambat Lindong selaku penyelaras projek.

Kamus itu dihasilkan dengan tujuan untuk memastikan bahasa Iban dapat berkembang mengikut keadaan semasa di mana terdapat 65,000 perkataan dengan terjemahan sebagai rujukan pengguna.

Uggah turut berharap cendekiawa­n Iban akan terus menghasilk­an penerbitan seumpamany­a atau penerbitan lain berbentuk ilmiah yang mampu mengangkat martabat bahasa Iban setanding dengan bahasa lain di dunia.

 ?? ?? LANCAR: Uggah (tengah) menunjukka­n Kamus Terjemahan English-Iban terkini yang dilancarka­n di Auditorium IPG Kampus Batu Lintang, Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Yahya, Jabu, Abang Ismail dan Mawan.
LANCAR: Uggah (tengah) menunjukka­n Kamus Terjemahan English-Iban terkini yang dilancarka­n di Auditorium IPG Kampus Batu Lintang, Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Yahya, Jabu, Abang Ismail dan Mawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia