Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sarikei padam longgokan sampah di luar tong domestik

-

Satu laporan mengenai kebakaran sampah telah dilaporkan berlaku di Jalan Meruton dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba telah menerima laporan tersebut pada jam 6.13 pagi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera pemadam telah dikerahkan ke lokasi kebakaran yang terletak empat kilometer dari balai.

“Ketika pasukan bomba sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu longgokan sampah di luar tong domestik di lokasi terbabit sedang terbakar dengan marak.

“Berdasarka­n situasi tersebut, anggota bomba bertugas telah memadam kebakaran tersebut menggunaka­n satu aliran saluran bantu mula

dari jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya,” kata Mahmudin kepada media.

Seramai 10 anggota bomba diketuai Pegawai Bomba

Kanan I (PBK I) Bakar Ujang telah terlibat dalam operasi tersebut.

Menurut Mahmudin, usaha memadam kebakaran tong sampah tersebut telah mengambil masa 10 minit sahaja.

“Tindakan pantas pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada merebak ke tempat lain.

“Tindakan sesetengah pihak yang melakukan pembakaran sampah seumpama ini boleh mengundang pelbagai risiko yang lain seperti kebakaran belukar yang boleh merebak ke kawasan kediaman penduduk yang tinggal berhampira­n.

“Oleh yang demikian, kita inginmenye­rukepadama­syarakat agar tidak melakukan sebarang pembakaran tersebut atau pembakaran yang tidak dikawal kerana ia boleh membawa pelbagai risiko kebakaran yang lain,” tegas Mahmudin.

Tambah Mahmudin lagi, aktiviti pembakaran ini juga boleh mengakibat­kan pencemaran asap yang boleh menimbulka­n masalah kesihatan.

 ?? ?? GEGAS: Anggota bomba memadam kebakaran sampah di Jalan Meruton, Sarikei semalam.
GEGAS: Anggota bomba memadam kebakaran sampah di Jalan Meruton, Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia