Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita warga emas dilapor hilang dijumpai selamat

-

Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang ketika pergi kebun yang terletak di seberang rumah panjang di Sungai Batang Baleh sejak Isnin lalu ditemui petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Tendai Apat, 70, berasal dari Rumah Samon, Nanga Entalawan dikatakan menggunaka­n perahu untuk pergi ke kebun pada jam 7 pagi untuk mencari hasil tanaman di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang Selasa.

“Ahli keluarga yang bimbang akan keberadaan mangsa telah bertindak membuat laporan polis di Balai polis Kapit pada jam 2.41 petang Selasa.

“Susulan itu, sepasukan dua anggota bomba anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bersama lima anggota polis dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kapit telah pergi ke lokasi untuk mengumpul maklumat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian sekitar jam 6 petang semalam (Selasa) hanya perahu mangsa berjaya ditemui diikat di tebing sungai dan operasi pencarian tidak dapat dijalankan memandan

gkan cuaca semakin gelap,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya dimulakan kelmarin melibatkan lima anggota bomba dan disertai pasukan polis dan pasukan APM serta beberapa penduduk orang kampung,

Menurutnya, operasi hari pertama dibahagika­n kepada dua pasukan.

“Pasukan pertama menjalanka­n pencarian dengan menyusuri sungai, manakala pasukan kedua mencari di kawasan bukit dan jarak radius pencarian meliputi satu kilometer dari lokasi kebun mangsa,” jelasnya.

Pada jam jam 3.30 petang,

petugas Tanah dan Survei telah menghubung­i keluarga mangsa menyatakan bahawa mangsa telah dijumpai pada jarak satu kilometer dari jalan raya utama.

“Mangsa berada dalam keadaan sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali kedua-dua kaki mangsa melecet.

“Pasukan SAR kemudia segera bergerak ke lokasi petugas Tanah dan Survei dan mangsa kemudian didukung secara bergilir-gilir oleh pasukan SAR,” katanya.

Menurut Timoty mangsa kemdian diserahkan kepada pihak polis pada jam 5.45 petang.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 7 malam.

 ?? ?? MUJUR SELAMAT: Mangsa didukung secara bergilir-gilir oleh pasukan SAR selepas ditemui satu kilometer dari lokasi kebun mangsa petang kelmarin.
MUJUR SELAMAT: Mangsa didukung secara bergilir-gilir oleh pasukan SAR selepas ditemui satu kilometer dari lokasi kebun mangsa petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia